Thursday, October 14, 2010

Kuey Teow Kerang Pedas

Kuey teow ni pun pedas jugak dan aku gunakan daun bawang instead of kucai sbb aku sgt suka root daun bwg yang menyerupai bawang tak jadi tu bersama stem putih nya...

Mari lah aku share recipe..

KUE TEOW KERANG PEDAS (approx 8 org)

Bahan-bahan:
900 gm kerang (kukus atau rebus sekejap dan ambil isi)
450 gm udang
300 daging (hiris nipis)
300 g dada ayam (hiris)
3 keping fish cake (hiris)
160 gm daun bawang (kerat 2 cm) atau daun kucai
500 gm tauge

Tumisan:
1 labu (about 75 gm) bwg putih - cincang kasar atau diketuk
120 gm bwg besar (around 2 biji sederhana) - hiris
40 gm cili api - hiris
150 gm minyak masak
30 gm cili kering - rebus dan kisar

Seasoning:
5 sd besar sos tiram
3 sd besar kicap pekat
1/2 cawan kicap manis
1 sd makan maggi seasoning
1 sd makan sos ikan
1 sd makan gula
1 sd makan paras garam (atau secukup rasa)
1/4 sd teh serbuk perasa

4 biji telur
3 paket x 450 gm kuey teow
1/2 cawan air

Caranya:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kuning, masukkan cili api dan tumis lagi.



Masukkan bawang besar hiris dan tumis hingga kuning

Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing


Masukkan daging, kacau hingga mula bertukar warna.


Masukkan ayam.

Kacau hingga ayam bertukar warna.

Masukkan fish cake dan kacau sebentar.

Tolak tumisan ke tepi kuali dan biar minyak turun

Masukkan telur dan kacau hancur.

Kacau hingga telur beku


Gaulkan kembali bahan tumisan.

Masukkan air. Biarkan mendidih untuk mengempukkan daging.

Masukkan kerang dan kacau sekejap.
Masukkan udang.

Masukkan bahan seasoning dan biarkan mendidih.


Masukkan kuey teow.


Gaul sebati diatas api besar.

Kemudian masukkan tauge dan daun bawang (atau kucai).


Gaul sekejap atas api besar supaya tauge kekal rangup selepas di goreng dgn kue teow.

Padamkan api dan hidangkan bersama limau nipis dan jeruk cili jika suka



JERUK CILI
200 gm cili hijau (hiris)
4 sd besar gula
1 sd teh garam
10 sd besar cuka

Masukkan bahan2 dalam bekas dan gaul sebati. Simpan dalam peti sejuk sehingga digunakan.

Selamat mencuba :) 

No comments:

Post a Comment

Recent Posts