Thursday, December 29, 2011

Kambing Masak Merah


KAMBING MASAK MERAH 
Bahan2nya:-
2 kg potongan bahu kambing (lamb shoulder)
200 gm tepung gandum
100 gm halia (diketuk)
3 liter air

Kisar bersama:
85 gm cili kering (di gunting dan rebus hingga kembang dan toskan)
80 gm bawang putih
250 gm bawang merah
80 gm halia

Bahan tumisan:
5 batang serai - dititik
200 gm bawang besar- hiris nipis
4 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
15 biji cengkih
200 gm minyak sapi 

Bahan2 lain:-
1 sd besar garam
1/2 sd teh serbuk perasa
45 gm gula pasir
170 gm gula melaka
100 ml sunquick base (orange)
100 ml sos tomato
100 ml sos cili
425 gm tomato puri
1 tin (400 gm) susu cair
4 biji (anggaran 450 gm) tomato (dibelah 4)
150 gm kismis kuning
60 gm daun bawang (hiris kasar)
25 gm daun saderi (daun sahaja - hiris kasar)
30 gm daun sup (daun sahaja - hiris kasar)

Caranya:-
Cuci ketulan daging kambing dan toskan. Masukkan ke dalam bekas bersama tepung gandum.

Gaul rata dan perap 30 minit. Sesudah itu cuci bersih dan toskan airnya.

Masukkan ketulan daging kambing tadi ke dalam periuk bersama halia ketuk dan air.

Rebus hingga airnya tinggal 1/4 dari asal.

Ambil air rebusannya. Simpan kedua2 bahan ini dalam peti sejuk sehingga digunakan

Sementara itu panaskan minyak sapi dan masukkan kulit kayu manis

Kemudian masukkan bunga lawang, buah pelaga dan cengkih. Kacau sebentar.

Masukkan hirisan bawang besar. 

Kacau hingga bawang menjadi ringan.

Masukkan serai yang telah dititik dan kacau hingga bawang menjadi kuning.

Kemudian masukkan bahan kisar dan garam.

Tumis bahan2 ini hingga garing dan selalu di kacau.

Kecilkan api dan masukkan puri tomato, sos cili, sos tomato dan kismis. Kacau rata.

Masukkan susu cair dan kacau lagi.

Masukkan air rebusan kambing tadi dan kacau kemudian masukkan sunquick. Kacau hingga sebati.

Masukkan gula melaka, gula pasir dan serbuk perasa. Didihkan sebentar di atas api sederhana.

Kemudian masukkan daun pudina dan kacau. 

Masukkan ketulan daging kambing yang telah direbus tadi dan ratakan.

Didihkan hingga pekat (selalu di kacau) dan rasa masam manisnya.

Kemudian masukkan hirisan daun sup, daun bawang dan daun saderi bersama tomato. Kacau rata.

Didihkan sebentar dan kemudian padamkan api. 

Sendukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

Taburkan hirisan daun pudina jika suka. Hidangkan dengan nasi beriani, nasi minyak, nasi putih atau roti.

Selamat mencuba :)

Recent Posts