Friday, March 18, 2011

Renihan Tofu Telur



RENIHAN TOFU TELUR (+- 8 orang)
Bahan2:
125 gm x 5 tiub tofu telur (potong 6 setiap satu dengan cermat)
100 gm tepung jagung
400 ml minyak masak

Sayur:
40 gm cendawan cina - direndam hingga kembang dan potong 4
275 gm kubis bunga - dipotong bunga
250 gm brokoli - dipotong bunga
160 gm carrot - dipotong jejari tebal
120gm snow peas (buang urat tepinya)
3 batang cili merah - dipotong kasar
2 batang cili hijau - dipotong kasar

Tumisan:
40 gm bawang putih - diketuk
20 gm halia - dihiris nipis
150 gm bawang besar - dihiris


Bahan perasa:
1 sd besar sos ikan 
1 sd teh maggi seasoning
40 ml kicap cair
80 ml sos tiram 
1/2 sd teh serbuk perasa 
1/2 sd teh garam (atau secukup rasa - jika perlu)

Bahan lain:
175 gm chicken fillet - didadu
250 gm udang (ambil kepalanya)
1 paket (120 gm) fish ball - dipotong 2
800 ml air
2 biji telur

Caranya:
Kisar kepala udang bersama 800 ml air tadi dan perah serta tapis untuk mendapatkan 900 ml stok. Simpan dlm fridge sehingga di gunakan (kalau takde kepala udang gunakan 900 ml air biasa).

Masukkan tepung jagung dalam mangkuk datar.

Masukkan potongan tofu tadi ke dalam mangkuk tepung dan lenggangkan hingga bersalut rata (coated). Panaskan minyak.

Masukkan satu persatu kepingan tofu yang telah bersalut tepung tadi ke dlm minyak yg panas dengan cermat dan goreng hingga kuning keemasan.

Angkat dan toskan dengan kertas dapur.

Setelah itu padamkan api dan biar minyak sejuk sedikit. Tinggalkan anggaran 100 ml minyak dan apabila mula panas masukkan bawang putih ketuk (jgn panaskan hingga mendapan tepung pada minyak bertukar warna).

Kacau hingga kuning. Masukkan hirisan halia dan kacau lagi.

Setelah itu masukkan hirisan bawang besar dan tumis hingga kuning.

Kemudian masukkan hirisan ayam dan goreng lagi hingga ayam bertukar warna.

Masukkan hirisan cendawan. Goreng hingga sebati.

Masukkan bebola ikan dan kacau. Kemudian masukkan pula hirisan cili merah dan cili hijau. Goreng sebentar.

Masukkan stok kepala udang yg telah disediakan

Biarkan mendidih kemudian masukkan sos tiram, kicap cair, sos ikan, maggi seasoning, serbuk perasa dan akhir sekali garam (sesuaikan secukup rasa - tak payah letak garam atau tambah sikit lagi jika mahu)

Masukkan udang dan biarkan mendidih lagi.

Kemudian masukan tofu yg telah digoreng tadi dan ratakan dengan kuah dari dasar kuali dengan cermat supaya tofu tidak pecah.

Masukkan sayur sayuran yang telah dipotong.

Gaul rata bersama renihan dengan cermat. Tak perlu gaul lama - untuk mengekalkan kerangupan sayur.

Sementara itu pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk (tak perlu kacau)

Tolak sedikit renihan ke tepi biar tinggal kuahnya dan masukkan telur tadi. Kacau telur dari bawah bersama kuah renihan ini dan ratakan kembali semua bahan dengan cermat.

Kemudian padamkan api.

Hidangkan.

Selamat mencuba :)

Tuesday, March 15, 2011

Kuih Bakar Pandan


KUIH BAKAR PANDAN (anggaran 12 keping)
Bahan2:
700 gm tepung gandum
1 sd teh paras garam
18 biji telur
860 gm gula
300 gm minyak sapi (dicairkan sedikit)
100 gm bijan
1 sd besar paras minyak sapi - tambahan

Kisar:
1 kg kelapa parut (seeloknya kelapa tua)
2 liter air - didihkan dan biarkan suam
20 helai daun pandan
1/2 sd teh pewarna hijau (jika suka) = 2250 ml perahan

Caranya:
Kisar bersama daun pandan, air, kelapa parut dan pewarna hijau. Perah dan tapis untuk mendapatkan 2.25 liter santan untuk adunan ini.

Dalam mangkuk yg kering masukkan telur, garam dan gula

Gunakan mixer dan pukul hingga pekat.

Masukkan sedikit2 tepung dan pukul lagi hingga rata dan tepung habis digunakan.

Sesudah itu masukkan minyak sapi yg telah dicairkan sedikit.

Pukul lagi hingga sebati

Masukkan sedikit2 perahan santan ke dalam adunan ini dan gaul dgn mixer.

Adun hingga sebati.

Setelah itu masukkan adunan ke dalam jag. Panaskan oven suhu 190C. Sediakan acuan bunga pecah 8 (cetak) dan panaskan atas tungku dapur. Masukkan 1 sd besar paras minyak sapi tambahan tadi  (proses ini cuma sekali). Lenggangkan juga minyak sapi ke tepi2 bhgn dalam acuan bunga tersebut.

Kacau adunan terlebih dahulu dan tuang hingga hampir2 penuh ke dalam cetak yg berisi minyak sapi yg panas itu. Simpan lebihan adunan dlm peti sejuk sehingga digunakan seterusnya.

Alihkan dari api dan masukkan terus ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi.

Bakar selama 12-15 minit atau sehingga atasnya beku. Karih sedikit permukaan kuih dengan garfu jika perlu.

Taburkan anggaran 1 sudu besar bijan rata2.

Bakar lagi 10 minit hingga atasnya perang.

Pada adunan kedua tak perlu dipanaskan dengan api. Tuang sahaja adunan ke dalam cetak dan bakar mengikut proses diatas (bersihkan tepi acuan yg bertabur bijan sebelum dituang adunan)

Keluarkan kuih yang telah masak dari oven dan longgarkan tepinya dgn pisau.

Keluarkan dgn cermat dgn menelangkup ke piring dan gunakan satu lagi piring, telangkupkan lagi supaya permukaan bijan berada di atas untuk mengekalkan bentuk kuih. Susun dalam dulang. Biarkan sejuk.

Kemudian baru potong dan hidangkan.

Note:
Adunan untuk resipi ni di buat banyak utk bahagi2 so kalau nak buat sikit je, sukat separuh sahaja sukatan bahan2 di atas.

Selamat mencuba :)

Thursday, March 10, 2011

Sambal Ikan Bilis Goreng

Sambal ni biasanya aku buat dan simpan untuk jadi penambah lauk di rumah especially bila aku dah suntuk masa nak masak. Selain di buat utk hidangan dgn lontong pada hari raya, sambal ikan bilis goreng ni juga aku buat sebagai ganti sambal nasi lemak (yg selalu guna belacan) bila stok belacan dah abis :)

SAMBAL IKAN BILIS GORENG
Bahan2:-
130 gm ikan bilis kecil atau ikan bilis kupas (dilalukan sekali sahaja dgn air dan tos kering)
4 gm asam keping (2 keping)
250 ml minyak masak
130 gm bawang besar (tambahan) - hiris bulat
115 gm gula pasir
1/2 sd teh serbuk perasa
15 gm garam*

Kisar bersama:
70 gm cili kering (rebus hingga kembang dan toskan)
170 gm bawang besar (anggaran 3 biji)
10 gm bawang putih (anggaran 3 biji)

* garam yg digunakan adalah jenis kasar2 texturenya dimana garam ini tak terlalu masin berbanding garam halus dan rasanya lemak (so kalau gunakan garam halus reduce ke 10 gm penggunaan sahaja atau secukup rasa)

Caranya:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.

Angkat dan toskan dengan kertas dapur.

Pada minyak yang tinggal masukkan bahan kisar.

Masukkan garam dan asam keping.

Tumis dengan api sederhana sambil selalu dikacau supaya tak berkerak hingga garing.

Sesudah tumisan garing masukkan hirisan bawang besar.

Kacau hingga gegelang bawang bercerai.

Kemudian masukkan serbuk perasa dan gula dan kacau sebentar hingga gula larut.

Selepas itu masukkan ikan bilis yg telah di goreng tadi.

Gaul rata bersama bahan tumisan dan kemudian padamkan api.

Hidangkan.

Selamat mencuba :)

Recent Posts