Wednesday, February 16, 2011

Ikan Kembung Masak Pindang


Salah satu masakan ringkas yang selalu aku buat bila kesuntukan masa.

IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG
Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (boleh ganti dgn ikan tenggiri, ikan parang atau ikan susu)
1.75 liter air
300 gm bawang besar - hiris bulat
40 gm bawang putih - diketuk
100 gm halia - di pecahkan
50 gm kunyit hidup - dihiris nipis
40 gm cili api - di belah 2
2 biji tomato - belah 4

Bahan lain:
12 gm asam keping
60 gm gula
1 sd besar garam
1/2 sd teh serbuk perasa
50 ml minyak masak
1 sd teh biji sawi
1 sd teh halba

Caranya:
Bersihkan ikan kembung kemudian toskan.

Panaskan minyak dalam periuk atau kuali dalam kemudian masukkan biji sawi dan halba.

Masukkan bawang putih dan kacau hingga kuning.

Kemudian masukkan halia dan kacau.

Masukkan kunyit dan kacau lagi kemudian masukkan cili api.


Gaul hingga wangi kemudian masukkan bawang besar

Goreng rata bahan2 ini hingga bawang mula bercerai gegelangnya.

Masukkan air dan asam bersama garam, gula dan serbuk perasa.

Apabila kuah mula mendidih masukkan ikan.

Tutup dan biarkan merenih selama 7 minit. Rasa asam garamnya jika perlu.

Setelah itu masukkan tomato. Renih lagi 5 minit. 

Padamkan api dan hidangkan.

Selamat mencuba :)


Monday, February 14, 2011

Creme Caramel

Antara dessert yang jadi favorite aku terutama di bulan puasa.

CREME CARAMEL
Caramel:
380 gm gula pasir
200 ml air

Custard:
1 liter susu UHT full cream
12 biji telur
125 gm gula halus
1 sd besar esen vanila
secubit garam

Lain2:
Dulang pembakar
12 biji pie casing

Cara membuat caramel:
Panaskan periuk kemudian masukkan gula.

Biarkan gula mula perang atas api sederhana.

Kemudian masukkan air.

Kacau dgn senduk kayu hingga kesemua gula larut.

Biarkan mendidih dan kacau karamel atas api kecil hingga berwarna perang gelap.

Sediakan dulang pembakar. Susun bekas pai ke dalamnya.

Angkat caramel dari api dan dengan cepat tuang karamel tadi hingga memenuhi dasar bekas pie (agak2..kalau nak manis tuang lebih sikit) sehingga caramel habis digunakan. Ketepikan. Sediakan custard.

Cara menyediakan custard:-
Panaskan oven suhu 170 C (selama 20 minit sblm di masukkan adunan telur).

Letakkan periuk membuat caramel tadi atas tungku dapur dan kecilkan api.

Kemudian masukkan susu. Kacau sebentar biar bergaul dgn baki caramel. Tak perlu sehingga mula mendidih. Bila susu sudah panas angkat dan biarkan suam.

Dalam mangkuk lain masukkan telur dan kacau sehingga hancur.

Masukkan gula, garam dan esen vanila dan kacau dgn whisk (tak perlu pukul).

Masukkan separuh daripada susu yg telah suam ke dalam adunan telur dan gaul rata.

Kemudian tuang bancuhan telur ke dalam baki susu yg telah suam.
Gaul sebati.

Setelah itu tapis adunan.

Tuang adunan yang telah di tapis tadi ke dalam jag.

Tuang adunan custard ke dalam bekas2 yg berisi karamel hingga hampir penuh.

Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan tadi dgn cermat. Tuang air panas ke dalam dulang pembakar hingga ke paras 3 suku dulang pembakar dan bakar selama 1 jam atau sehingga beku. Jika suka atasnya sedikit perang bolehlah di bakar dalam 10 minit lagi.

Biarkan creme caramel berada dalam oven selama 15 minit selepas tamat tempoh membakar.

Kemudian baru angkat bekas creme caramel dan alihkan ke dulang yg lain dan sejukkan dalam fridge. Jika suka suam bolehlah dihidangkan terus.

Hidangkan terus dari casing.

Atau dgn cermat longgarkan tepinya dgn pisau dan telangkupkan ke piring dan hidangkan.

Jika nak custard nampak terang gunakan telur yg mempunyai kuning telur yg berwarna gelap/oren.

Selamat mencuba :)

Thursday, February 10, 2011

Asam Pedas Tulang


Percubaan pertama aku buat asam pedas pakai daging/tulang, sblm ni aku masak asam tumis (kata org melaka) pakai ikan je ^_^
Kuah asam pedas ni di buat cair sikit ikut cara masak asam pedas mak aku so boleh di hirup kuahnya serta di test buat seperti masak asam pedas ikan yg biasanya aku buat sblm ini, cuma aku tambah lengkuas, serai dan daun limau purut ikut style asam pedas tetel nenek aku. Layan :)

ASAM PEDAS TULANG
Bahan2:-
2 kg tulang lembu yg ada isi (boleh tambah separuh daging dan separuh tulang jika suka) - bersihkan
4 liter air
75 gm halia - diketuk
75 gm gula batu

Kisar: 
60 gm cili kering - rebus dan toskan
120 gm bawang merah
100 gm bawang besar
35 gm halia (tambahan)
50 gm kunyit hidup
30 gm lengkuas
20 gm bawang putih
15 gm lada hitam (anggaran 1 sd besar)
10 gm jintan manis (anggaran 1 sd besar)

Bahan lain:
100 gm bawang besar (hiris nipis)
1 sd teh halba campur (campuran halba dan biji sawi)
5 tangkai daun kari - daun sahaja
75 gm asam jawa (dibancuh dengan  300 ml air dari baki kisaran bahan kisar)
3/4 cawan minyak
1 sd besar garam (atau secukup rasa)
1/2 sd teh serbuk perasa
300 gm tomato (2 biji) - belah 4
7 batang serai - diketuk
segenggam daun limau purut - daun sahaja - dikoyak2 sedikit

Caranya:
Rebus tulang bersama 4 liter air dan gula batu serta halia selama 4 jam (bila air mula tinggal separuh tambah lagi air dan rebus lagi dalam tempoh ini hingga airnya tinggal separuh (anggaran 2 liter). Jika ada gunakan daging, tak perlu potong dulu hanya masukkan selepas 2 jam merebus dan baru angkat 1/2 jam selepas itu dan hiris kemudian masukkan kembali ke dalam rebusan utk mengelakkan daging dari menjadi terlalu lembut dan hancur) - Gula batu tu di gunakan utk melembutkan daging semasa direbus dan supaya kuah ada hint2 manis sikit bersama pati daging yg dah keluar semasa proses itu, so tak payah letak gula lagi.

Agak-agak 1/2 jam tempoh merebus tamat, panaskan minyak dan masukkan halba campur.

Selepas itu masukkan bawang hiris dan kacau hingga naik bau.

Masukkan daun kari dan kacau lagi hingga bawang mula bertukar menjadi kuning.

Apabila bawang sudah mula bertukar menjadi kuning, masukkan bahan kisar.

Masukkan garam dan tumis sambil dikacau selalu supaya tak berkerak.

Tumis sehingga garing.

Sementara itu bancuh asam jawa bersama air dari bekas bahan kisar.

Kemudian masukkan ke dalam tumisan tadi dan kacau. 

Tumis lagi sedikit hingga garing.

Masukkan serai yang telah dititik.

Kacau lagi sedikit hingga sebati.

Sementara itu biarkan rebusan yg sudah mula tinggal separuh itu mendidih.

Masukkan bahan tumis tadi ke dalamnya dan kacau.

Masukkan daun limau purut dan serbuk perasa. Biarkan mendidih 10 minit. Rasalah asam garamnya secukup rasa. Jika suka pekat renih lama sikit lagi.

Masukkan tomato dan biarkan mendidih lagi 5 minit. Baru di angkat.

Hidangkan bersama *sambal cencaluk, ikan masin goreng, ulam2 atau sambal belacan dan kicap manis.

*Sambal Cencaluk
Bahan2:-
5 sd besar cencaluk
15 tangkai cili api (hiris bulat)
1 labu bawang besar (hiris)
1 sd besar jus limau nipis
1 sd teh gula

Caranya:-
Gaul sebati bahan2 ini dan simpan dlm peti sejuk sehingga di gunakan.

Selamat mencuba :)

Recent Posts