Thursday, October 14, 2010

Seri Muka Durian


Kuih seri muka ni asalnya aku nak buat plain je pakai daun pandan tp sbb ada durian byk tak makan2 so kasi letak je la dlm adunan custard tu.

Serimuka Durian
Bahagian bawah:-
500 gm beras pulut - dicuci dan direndam semalaman atau 4 jam pun dah ok
600 ml santan sederhana pekat (guna 3/4 biji kelapa parut kisar dgn 500 ml air)
1 sd teh garam
4 helai daun pandan - di koyak2kan

Bahagian atas:-
14 helai daun pandan
3/4 biji kelapa parut 
600 ml air  
1/2 sd teh pewarna hijau 
(kisar bahan2 ini dan perah/tapis - ketepikan)

110 gm tepung gandum 
250 gm gula pasir (atau ikut manis..kalau nak kurang manis letak 200 gm only)
6 biji telur 
1/2 sd teh garam 
1/2 sd teh vanila  - optional
1/2 sd teh coconut pandan - optional 
200 gm isi durian tanpa biji

METHOD
Bhgn bawah:
Sediakan pulut yang telah direndam.

Sediakan pengukus dgn air hampir penuh, didihkan dan biarkan sentiasa panas. Toskan pulut yg telah direndam tadi dan ketepikan.
 

Campurkan santan bersama garam dan daun pandan yang telah di koyakkan. Jerang diatas api sambil dikacau hingga mendidih. Angkat dari api.

Masukkan pulut ke dalam sebuah periuk. Curahkan santan tadi dan kacau sebati. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus 45 minit (dlm tempoh tu kacau la dlm sekali supaya santan rata).

Setelah itu keluarkan dari pengukus dan buang daun pandan. Masukkan pulut yg telah tanak ke dalam springform 9"

Biarkan sejuk sikit kemudian ratakan dgn daun pisang (plastik pun boleh). Masukkan kembali ke dalam pengukus dan biarkan berkukus sementara menyediakan adunan utk bahagian atas.


Bahagian atas:-
Santan yg telah diperah dengan daun pandan tadi juga dikacau atas api hingga mendidih. Angkat dan sejukkan. 
 

Masukkan telur, garam dan gula ke dalam blender dan kisar hingga gula larut.
 

Sesudah itu masukkan isi durian dan kisar lagi, masukkan tepung dan essences (jika digunakan) dan sedikit2 santan yg telah dimasak tadi. Masukkan kedalam mangkuk dan kacau sikit lagi.  
 

Tuang adunan ke atas pulut yg sedang dikukus. 
 

Tutup dgn sekeping foil atau alas kek atau penutup leper dan kukus lagi 40 minit.

Selepas itu buka dari foil atau penutup dan biar dikukus dalam 10 minit lagi. 

Keluarkan dari pengukus dan sejukkan.

Kemudian release dari springform. Biarkan betul2 sejuk baru dipotong. 

Hidangkan.


Selamat mencuba :)


Note: 
* Spot putih pada permukaan kuih adalah cebisan durian.
* Santan2 tu aku didihkan terlebih dahulu sebelum diguna untuk tujuan supaya kuih tak mudah basi dan tahan lama.
* Untuk kuih seri muka biasa tanpa durian gunakan 325 gm hingga ke 375 gm gula (ikut manis)

No comments:

Post a Comment