Thursday, October 14, 2010

Kacang Panjang Goreng Bersama Telur dan Tauhu

Ni adalah kacang panjang yg aku tanam kat pagar belakang rumah, adalah aku beli bbrp benih sayur termasuk benih2 yang kawan aku bg...above all yang aku semai yg kacang pjg ni paling cepat tumbesarannya (dlm sebulan je dah ada hasil)...yang lain tu je bbrp sayur yg aku semai blom nampak hasil lagi..harap2 ok la...nyampah nak beli sayur sebenarnya...nak pakai cili pun kalau nk menumis apa2 kena beli...nak beli tu nak start keta lagik...buang masa...so aku berangan kalau ada menda2 nih ...aku boleh petik je bila nk pakai...hanya menapak 2-3 tapak dari dapur aku...hehe..

Bahan2nya:-
20 batang kacang panjang - dicuci & potong
4 ulas bwg putih (hiris)
5 ulas bwg merah (hiris)
4 btg cili api (hiris)
2 sd besar udang kering
2 sd besar minyak masak

2 keping tauhu dipotong (aku pakai tauhu lembut 300 gm tu sbb tauhu keping takde)
2 biji telur
2 sd besar oyster sauce
1 sd besar sos ikan
sedikit maggi seasoning

Tumis udang kering dan masukkan bwg putih..kacau hingga kuning dan masukkan bawang dan cili api, kacau lagi..pastu masukkan telur, kacau2 jap, masukkan tauhu dan bahan2 perasa. Masukkan kacang panjang dan goreng hingga empuk (tutup). Hidangkan. Aku pakai tauhu lembut tu seme jadi cam scrambled egg...ok la janji jadi lauk...

No comments:

Post a Comment

Recent Posts