Thursday, October 14, 2010

Butter Cake

Ni la kek feveret aku yang aku panggil kek kosong untuk aku makan dgn air teh o atau nescafe.
Kek ni pun lebih sedap kalau di simpan satu hari dulu sblm di makan kerana lebih lembap dan berperisa. Jom aku share resipinya...

BUTTER CAKE
Bahan2:-
400 gm butter
300 gm icing sugar
100 gm caster sugar
1 sd teh membumbung baking powder
50 gm ovalette
13 biji telur (grade B)
2 sd teh esen vanila
2 sd besar butter-vanilla essence (boleh ganti dgn butter oil)
425 gm tepung naik sendiri
2 sd besar susu cair Ideal

Caranya:
Masukkan telur, gula icing, gula caster, baking powder dan ovalette ke dalam mangkuk yang kering.

Pukul pada kelajuan perlahan hingga ovalette mula larut.

Tinggikan kelajuan mixer dan pukul sehingga naik 3 kali ganda (lebih kurang 15 minit).

Masukkan sedikit2 tepung naik sendiri (aku tak ayak pun tp lagi bagus la ayak dulu) sambil dipukul pd kelajuan sederhana bersama susu cair.

Pukul kembali pada kelajuan tinggi selama 10 minit. Sementara itu panaskan oven selama 20 minit pd suhu 170C (lebih baik dipanaskan sewaktu mengadun kek so bila adunan dah siap di adun boleh terus dibakar)

Masukkan mentega, esen vanila serta esen butter vanila (atau butter oil) dan pukul pd kelajuan sederhana selama 5 minit

Kemudian pukul lagi selama 5 minit pada kelajuan tinggi.

Alihkan mixer dan sediakan loyang 11" x 11" x 3" dan sapu mentega rata-rata. Alaskan dengan kertas minyak ikut dasar acuan dan griskan juga kertas itu.

Tuang dalam tin pembakar tersedia dan bakar selama 1 jam. Kek mmg akan naik tinggi (terkadang melebihi tin pembakar) sewaktu dibakar dan akan turun sendiri apabila dikeluarkan dari oven.

Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebentar.

Telangkupkan kek ke alas dan buang kertas gris.

Biarkan sejuk baru dipotong.

Potong kek kepada bbrp bahagian.

Bungkus berasingan dlm kertas foil dan lebih enak jika di simpan semalaman baru di hidangkan.

Potong dan susun ke dalam piring.

Hidangkan.

Selamat mencuba :)


No comments:

Post a Comment