Thursday, October 14, 2010

Tart Nenas



Tart nenas ni adalah resipi asal mak aku...cuma aku dah oter sikit by adding some ingredients ikut citarasa aku mcm badam, gula icing, susu dan esen. Macam2 bentuk aku dah try buat dgn dough nih...dari bentuk asal tekap pakai acuan bunga smp la gulung dan baru2 ni je aku rasa nak buat gunting plak...

So ini bahan2 nya:

500 gm tepung
375 gm mentega sejuk
secubit garam
50 gm serbuk badam
5 biji kuning telur
2 sd besar susu cair
50 gm icing sugar
1 sd teh esen butter vanila (i love this scent so much ada bau toffee gitu)


Dalam mangkuk masukkan mentega, gula icing, esen, badam, garam, susu dan kuning telur, pukul hingga creamy. Masukkan tepung dan gaul sebati. Padamkan mixer. Tutup mangkuk adunan dgn foil dan sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.

Sediakan jem nenas (seeloknya buat awal sblm mixing the dough)...

JEM NENAS
3 biji nenas (dikupas kulit dan bersihkan - aku seriau pakai parut so aku kisar pakai juice extractor - gunakan pulp dan juice sekali)

Masukkan dalam kuali bersama:
1/2 sd teh garam
1 paket gula batu kecil
240 gm gula pasir
1/2 sd teh cengkih (about 12 tangkai)

Bahan lain:
1 sd teh lime juice
20 gm mentega
Didihkan bahan2 ini kecuali butter dan lime juice...bila dah pekat, masukkan butter dan kacau hingga likat...baik2 jem ni meletup2 gak...kalau jem tu terlompat kena tgn mak aii...sakit tuu...then masukkan lime juice dan kacau hingga kering sehingga jem tu dah tak meletup2 lagi.... Sejukkan dan isi dalam plastik dan gunting sedikit hujung bwh plastik supaya jem dapat dipicit dgn baik dan utk mengelakkan tgn berlengas nak gentel jem tu...gunakan secukup kegunaan... jem yang lebih boleh disimpan dlm fridge dan ditutup dengan foil...elakkan terkena tgn atau air untuk tahan lama (aku suka makan jem nih dgn toast..buat inti swiss roll ker)

Bahan2 lain:
3 biji kuning telur - dipukul cair
secukup cengkih sbg tangkai
sedikit tepung for dustingCara membuat tart:
Ambil 1 sd besar adunan (atau ikut saiz besar/kecik mana yg di ingini) dan leperkan (dust sikit tepung pada tapak tgn utk memudahkan handling the dough)..isikan jem, tutup dari bawah ke atas hingga bertemu (lebih kurang macam buat karipap) dan leperkan sedikit...terbalikkan. Bentukkan macam buah gajus (atas lebar bwh runcing) Susun dalam dulang yang telah dialas kertas minyak yang digris dgn sedikit mentega...Gunakan gunting kecil - celup sedikit dgn tepung jika perlu dan gunting dari atas 3, 3, 2 dan 1 supaya dapat bentuk duri...Cucuk bhgn atas dgn cengkih sbg tangkai...Sapukan kuning telur dan bakar dalam oven yang dipanaskan 160C selama 1/2 jam...atau sehingga kekuningan dan tart masak dgn sempurna (Tart ni biar slow bake asalkan masak sempurna utk mengelakkan berkulat sbb bahan2 nya yang kaya lembapan dari mentega dan egg yolks etc...furthermore dia takde baking powder atau lain2 crisping agent yang buat dia rangup macam cookies bila dibakar).Suhu ni actually tgk jugak...ada oven yg 160C panas sgt ada yang sejuk sgt...depending on the size...kalau oven kecik yg api atas bwh dekat2 mmg cepat panas berbanding oven yg agak besar yang jarak atas bwh nya lebar ...so adjust ikut kesesuaian...suhu sesuai utk slow bake tart ialah antara 150C - 160C dan selalu lah tgk2 semasa membakar...

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts