Thursday, October 14, 2010

Sambal Ikan Bilis Tumbuk


Bahan2:
50 gm cili api
125 gm cili hijau (kalau ada sikit2 merah pun takpe) - dikerat2
3 ulas bwg putih - dihiris
3/4 cwn ikan bilis belah - dicuci dan toskan
1 labu bwg besar (hiris)
2 sd besar minyak
100 gm gula (sekadar nak contrastkan dgn pedas cili api tuh..nak kurangkan pun boleh)
1/2 sd teh garam
secubit serbuk perasa
1 biji jus limau kasturi
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga agak garing. Mskkan bwg putih dan kacau hingga kuning, masukkan bawang besar dan kacau hingga bwg transparent. Masukkan cili hijau dan cili api dan biarkan semua bahan tergoreng sambil dikacau selalu hingga cili ada sedikit bertukar warna seperti dibakar (jgn hangus ok). Kecilkan api.

Dalam batu tumbuk masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Masukkan gorengan cili yang panas dan tumbuk dengan segera..better buat batch by batch supaya tak melimpah bila ditumbuk..agak2 dah hancur 1st batch masukkan 2nd batch pulak. Tumbuk kasar2 je...nak halus pun boleh jugak ikut citarasa. Penghabisan masukkan jus limau dan ratakan. Alihkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts