Thursday, October 14, 2010
Ayam Goreng Ketumbar
AYAM GORENG KETUMBAR
2 kg kepingan ayam bersama sedikit hati dan pedal - cuci bersih dan tos kering (supaya mudah menyerap rempah dan tak berair)
1 sd besar jintan manis
3 sd besar ketumbar biji
5 ulas bawang putih
1 labu bwg besar
1 ketul halia (2 inci)
1 ketul kunyit hidup (sebesar ibu jari kaki)
3 btg serai dititik dan dicarik2 (gunakan about 2 inci dari root)
1 sd besar paras garam
1/4 sd teh serbuk perasa
1 sd besar gula (untuk melembutkan ayam/daging semasa diperap)
minyak untuk menggoreng
Tumbuk bahan2 diatas kecuali serai hingga hancur (jgn hancur sgt ~ atau blend kasar2 tanpa air dalam food processor) gaul rata bersama garam, serbuk perasa dan gula also serai. Biarkan dalam bekas bertutup semalaman dalam fridge.
Goreng dalam minyak panas hingga garing bersama serai2 nya sekali (elokla tutup supaya ayam masak sempurna).
Toskan sekali bersama serdaknya supaya minyak tidak hangus.
Selamat mencuba :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment