Thursday, October 14, 2010

Bingka Ubi Kayu

Bingka Ubi Kayu
Bahan-bahan:
1.275 kg ubi kayu yg telah dikupas ** (buang urat tengahnya dan di potong2)
1 liter air **
150 gm mentega
5 biji telur
250 gm santan pekat (dlm paket plastik)
100 gm tepung ubi *
250 gm gula pasir
150 gm gula merah (jaggery)*
1 sd teh garam
1 sd teh vanila
1 sd teh baking powder

* Jika taknak bingka warna coklat, gantikan gula merah dgn gula pasir dan jika nak bingka warna kuning gantikan tepung ubi dengan tepung custard.


** Ni cara paling senang selain memarut ubi. Boleh juga guna juice extractor (method tanpa air - jus yg terhasil dari penggunaan juice extractor juga perlu dimendakkan untuk mendapat sagu ubi)

Cara-caranya:
Ubi kayu yg telah dipotong2 dikisar dgn 1 liter air dan ditapis. Pastikan ditapis sepenuhnya supaya ubi tidak terlalu basah.
Biarkan air tapisan ubi mendak untuk mendapatkan sagu nya.
Apabila siap ditapis, masukkan ubi ke dalam mangkuk.

Dalam mangkuk lain, masukkan telur, gula2, garam, baking powder dan esen vanila. Pukul hingga pekat. Masukkan mentega. Pukul lagi hingga rata.
Masukkan tepung ubi dan sebatikan.
Kemudian masukkan santan pekat dan ratakan.
Sementara itu apabila air tapisan jernih, buang airnya dan ambil sagu yg tinggal, masukkan ke dalam ubi kayu yg telah di tapis.
Tuang adunan telur ke dalam ubi kayu dan kacau sebati.Tuang adunan ke dalam acuan bingka yg telah di sapu mentega rata2 di keseluruhan bahagian dalamnya. Gunakan penutup acuan bingka dan tutup acuan.
Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160 C. Bakar selama 1 jam 45 minit supaya bingka masak sepenuhnya.

Test bingka yg baru masak dgn melorek dgn pisau hingga ke dasarnya. Jika pisau keluar sticky dan tak basah, itu tanda bingka telah masak. Sejukkan sepenuhnya, keluarkan dari acuan dan potong.
Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Recent Posts