Thursday, October 14, 2010

Mee Goreng Pedas



Hari ni aku tak sempat nak masak lauk pauk dgn nasik so aku goreng mee je. Mee ni sgt la pedas sbb aku letak cili api dgn cili kering..dan teksture nya lembap2 sikit..mari aku share..

MEE GORENG PEDAS
Bahan2:

450 gm x 2 paket mee kuning
300 gm sawi
3 biji tomato - belah 4
150 gm cendawan tiram
4 keping tauhu - di belah 4 setiap satu
300 gm udang sederhana
200 gm daging - di hiris
400 gm chicken fillet - di hiris
135 gm fish ball (1 paket) - belah 2
2 keping kek ikan - hiris
4 biji telur

Bahan tumis:
1 labu bawang besar - dihiris
1 labu bwg putih - di cincang
20 tangkai cili api - dihiris (boleh kurang kan kalau tak nak pedas, nak omit pon bleh)
1/2 cawan minyak masak
1 cawan air

Kisar:
20 tangkai cili kering (di gunting dan rebus hingga kembang)

Seasoning:
1 sd teh serbuk pati ikan bilis
4 sd besar sos tiram
1/2 cawan kicap manis (aku pakai kipas udang)
2 sd besar kicap pekat (aku pakai kicap mee tamin)
1 sd teh sos ikan
1 sd teh maggi seasoning
1 sd makan gula
1/2 sd teh serbuk perasa
1 sd teh garam (atau secukup rasa)

Caranya:
Panaskan minyak dan tumis bwg putih hingga kuning, masukkan cili api dan kacau sebentar, masukkan bawang dan goreng hingga bawang kuning, Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing (kacau selalu).

Masukkan daging. Kacau rata. Kemudian masukkan ayam. Kacau hingga daging dan ayam bertukar warna.

Masukkan fish cake dan fish balls, kacau sebati. Tolak bahan2 ke tepi kuali biar minyak tumisan turun dan kemudian tuangkan telur dan kacau telur hingga hancur. Elakkan hangus.

Kacau hingga beku. Satukan kembali dgn bahan tumisan.

Masukkan air. Kacau dan biarkan mendidih.

Masukkan udang dan cendawan tiram. Biarkan mendidih hingga udang bertukar warna.

Kacau selalu. Perlahankan api, masukkan bahan2 seasoning dan kacau rata, penghabisan sekali garam.. rasalah dulu masinnya, letak sedikit dulu, jika dah ok..tak perlu letak kesemua 1 sd teh. Kacau selalu utk mengelak hangus sbb dah bercampur kicap dan lain2. Aku tak suka campur kicap lps letak mee sbb rasa lain..tak tau nak explain camana..
Masukkan tauhu dan tomato. Gaul sekejap.

Masukkan mee dan gaul rata atas api besar hingga mee sebati dengan bahan2 rencah.

Masukkan sawi dan gaul lagi hingga sawi layu.

Padamkan api dan hidangkan dgn hirisan lemon jika suka.

Selamat mencuba :) 

No comments:

Post a Comment

Recent Posts