Monday, February 14, 2011

Creme Caramel

Antara dessert yang jadi favorite aku terutama di bulan puasa.

CREME CARAMEL
Caramel:
380 gm gula pasir
200 ml air

Custard:
1 liter susu UHT full cream
12 biji telur
125 gm gula halus
1 sd besar esen vanila
secubit garam

Lain2:
Dulang pembakar
12 biji pie casing

Cara membuat caramel:
Panaskan periuk kemudian masukkan gula.

Biarkan gula mula perang atas api sederhana.

Kemudian masukkan air.

Kacau dgn senduk kayu hingga kesemua gula larut.

Biarkan mendidih dan kacau karamel atas api kecil hingga berwarna perang gelap.

Sediakan dulang pembakar. Susun bekas pai ke dalamnya.

Angkat caramel dari api dan dengan cepat tuang karamel tadi hingga memenuhi dasar bekas pie (agak2..kalau nak manis tuang lebih sikit) sehingga caramel habis digunakan. Ketepikan. Sediakan custard.

Cara menyediakan custard:-
Panaskan oven suhu 170 C (selama 20 minit sblm di masukkan adunan telur).

Letakkan periuk membuat caramel tadi atas tungku dapur dan kecilkan api.

Kemudian masukkan susu. Kacau sebentar biar bergaul dgn baki caramel. Tak perlu sehingga mula mendidih. Bila susu sudah panas angkat dan biarkan suam.

Dalam mangkuk lain masukkan telur dan kacau sehingga hancur.

Masukkan gula, garam dan esen vanila dan kacau dgn whisk (tak perlu pukul).

Masukkan separuh daripada susu yg telah suam ke dalam adunan telur dan gaul rata.

Kemudian tuang bancuhan telur ke dalam baki susu yg telah suam.
Gaul sebati.

Setelah itu tapis adunan.

Tuang adunan yang telah di tapis tadi ke dalam jag.

Tuang adunan custard ke dalam bekas2 yg berisi karamel hingga hampir penuh.

Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan tadi dgn cermat. Tuang air panas ke dalam dulang pembakar hingga ke paras 3 suku dulang pembakar dan bakar selama 1 jam atau sehingga beku. Jika suka atasnya sedikit perang bolehlah di bakar dalam 10 minit lagi.

Biarkan creme caramel berada dalam oven selama 15 minit selepas tamat tempoh membakar.

Kemudian baru angkat bekas creme caramel dan alihkan ke dulang yg lain dan sejukkan dalam fridge. Jika suka suam bolehlah dihidangkan terus.

Hidangkan terus dari casing.

Atau dgn cermat longgarkan tepinya dgn pisau dan telangkupkan ke piring dan hidangkan.

Jika nak custard nampak terang gunakan telur yg mempunyai kuning telur yg berwarna gelap/oren.

Selamat mencuba :)

2 comments:

Recent Posts