Sunday, March 6, 2011

Ayam Masak Kicap

Ayam masak kicap ni aku buat tanpa goreng ayam tu dulu dan aku buang kulit - to reduce oil intake katanya dan memudahkan aku makan nasi dgn kuah tu dgn cara banjir tanpa ragu :p Ayam masak kicap ini juga lebih berperisa jika di simpan satu hari dalam peti sejuk sebelum dipanaskan untuk di hidang.

AYAM MASAK KICAP
Bahan2:
1.8 kg kepingan ayam yang telah di buang kulit
15 gm asam jawa (about 1 tsp) bancuh dgn
100 ml air
260 gm bawang besar (anggaran 4 biji) - hiris bulat
85 gm halia (diketuk)
45 gm cili api (di hiris kasar)
50 gm bawang putih (diketuk)
285 gm kentang (anggaran 3 biji) - belah 2
150 ml kicap manis kipas udang
50 ml kicap pekat hitam
40 ml kicap cair
80 ml sos tiram
1/2 sd teh msg
1/2 sd teh garam (jika perlu atau secukup rasa)
1 sd besar gula
700 ml air

Bahan lain:
15 gm (anggaran 4 batang) kulit kayu manis
1/2 sd teh cengkih
5 biji bunga lawang
7 biji buah pelaga
100 ml minyak masak

Cara2nya:
Bersihkan kepingan ayam dan ditoskan. Masukkan ke dalam bekas dan masukkan air asam jawa tadi. Gaul sebentar dan perap 20 minit.

Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis dan kacau sekejap.

Masukkan cengkih dan bunga lawang serta pelaga dan kemudian masukkan bawang putih ketuk. Kacau hingga kuning.

Masukkan halia dan tumis sebentar.

Kemudian masukkan cili api dan kacau.

Kemudian masukkan bawang besar. Kacau bahan2 ini hingga bawang mula bercerai dari gegelangnya.

Kemudian masukkan ayam yg telah diperap bersama air asam jawa tadi

Gaul rata ayam bersama bahan tumisan

Masukkan kicap manis dan gaul rata.

Kemudian masukkan kicap pekat dan gaul.

Kemudian masukkan kicap cair. Gaul sebentar.

Masukkan kentang dan sos tiram dan gaul sekejap.

Kemudian masukkan air, garam, serbuk perasa dan gula. Kacau sedikit.

Tutup dan biarkan merenih atas api besar selama 15 minit. Kemudian padamkan api.

Hidangkan

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Recent Posts