Tuesday, December 7, 2010

Nasi Dagang

Percubaan pertama lagi. Harini cuti Maal Hijrah so ada plan nak test masak nasi dagang guna rempah nasi dagang khas dari terengganu yg my auntie kasi :) Best rempah ni (pix rempah di bawah)
Excited sgt nak snap pix smp aku lupa camera setting datenya dah jam tak gerak2 :p takpelah janji still boleh capture pix kan :)

NASI DAGANG 
1 kg beras wangi - pakai beras royal umbrella (sticky2 gitu)
600 gm beras pulut 
1300 ml santan cair  
125 gm bwg merah yang telah dikupas (hiris nipis)
70 gm halia (mayang halus panjang)
35 gm garam 
20 gm gula 
700 ml santan pekat 
20 gm halba 

Caranya: 
Kedua2 beras di cuci kemudian di rendam 4 jam 

Toskan dan sediakan pengukus. Biarkan panas. 

Masukkan beras tadi ke dalam pengukus dan kukus 10 minit. Gunakan api besar. 

Kemudian masukkan santan cair dan gaul. Kukus lagi 35 minit (aku pakai periuk dalam so aku kukus selama tu...kalau pakai bekas yg datar sikit bolehla reduce masa mengukus asalkan ianya tanak).

Sementara itu dlm periuk lain campurkan santan pekat, gula dan garam dan jerang atas api hingga mendidih

Masukkan halia biar mendidih sekejap. 

Kemudian masukkan bwg merah hiris dan halba. Biarkan mendidih sekejap. 

Setelah itu angkat dari api dan biarkan sejuk.

Gaul beras yg telah dikukus dgn santan cair tadi dan kukus lagi 10 minit. Kemudian curahkan santan pekat yg telah dimasak tadi dan gaul rata. Kukus lagi 30 minit. 

Gemburkan beras yg telah di kukus dan biarkan panas sehingga di hidangkan. 

Sendukkan dan hidang.  

Note: 
Kalau taknak nasi terlalu sticky dan `berat' gunakan 300 gm sahaja beras pulut.


GULAI NASI DAGANG 

Bahan2:
1.2 kg kepingan ikan tongkol 
4 keping asam keping 
100 gm nisan (atau gula melaka) 
1200 ml air 

Kisar:
250 gm bawang merah 
30 gm bawang putih 
50 gm halia
50 gm lengkuas 
10 gm udang kering (untuk ganti belacan) 
40 gm kunyit hidup

Kisar berasingan:
45 gm cili kering (rebus, tos dan kisar)

Hiris halus:
200 gm bawang besar 

Bahan lain:
1 cawan minyak untuk menumis 
2 keping asam keping 
1 sd besar garam (atau secukup rasa)
500 ml santan pekat 
600 ml air rebusan ikan 
200 gm nisan atau gula melaka (atau secukup rasa)
1/2 sd teh serbuk perasa (atau secukup rasa)
100 gm kerisik
45 gm cili api (biarkan sebiji atau ketuk sikit jika nak pedas) 
atau boleh tambah 150 gm belimbing buluh jika ada (buang 2 keping asam keping masa merebus ikan jika guna belimbing buluh untuk contrast rasa masam gulai ni) 

2 batang kulit kayu manis 
85 gm rempah nasi dagang atau rempah cap rose jika tiada (bancuh dgn sedikit air dari lebihan bahan kisar)

Caranya:
Bersihkan ikan supaya hilang hanyirnya dan kemudian masukkan ke dalam periuk bersama air, 4 keping asam dan 100 gm nisan atau gula melaka. Rebus hingga airnya tinggal setengah. Keluarkan ikan dan simpan airnya.

Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis.

Kemudian masukkan bawang hiris. Kacau hingga kuning.

Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga garing (selalu dikacau).

Masukkan cili kisar dan kacau. 

Tumis bahan ini hingga garing. 

Kemudian masukkan rempah yg telah dibancuh dgn sedikit air baki kisaran.

Tumis lagi hingga garing. 

Masukkan air rebusan ikan dan biarkan mula mendidih

Masukkan pula santan dan garam, serbuk perasa dan asam keping. Biarkan mendidih.

Kemudian masukkan kerisik. Kacau sebati dan didihkan. Selepas itu masukkan pula nisan..rasalah manisnya jika kurang tambah sikit lagi dan sesuaikan rasanya.

Masukkan ikan yg telah direbus tadi dan didihkan hingga mula pekat. 
Masukkan cili api dan didihkan lagi hingga pekat dan naik minyak. Jika suka cair2 tak payahla simmer lama2. Nak juga try buat masak lama2 sampai tulang ikan lembut (method tambah air dan didih hingga tggl ke asal sblm ditambah air lagi dan didih cara camtu smp 6-7 jam dan masukkan cili api atau belimbing pada renihan yg terakhir - tapi masa takde, next time kot :)

Padamkan api dan hidangkan.



JELANTAH

Bahan2:
3/4 biji nanas masak (belah menegak buang mata dan empulurnya - hiris)
1 batang timun (buang empulurnya dan dipotong jejari)
2 batang cili merah (hiris)
20 tangkai cili api (hiris)
1 batang carrot (potong jejari)
200 gm bawang besar - anggaran 3 biji (hiris nipis)
1 sd teh garam atau secukup rasa
2 sd besar cuka makan
120 gm gula 

Caranya:
Campur kesemua bahan ini dan gaul. Simpan dalam peti sejuk sehingga dihidangkan. 


CARA MENGHIDANG:
Sajikan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol, jelantah, telur rebus dan sambal kelapa ikan tongkol (tak sempat buat ni sbb ikan lupa nak asing sikit so hidangkan dgn ayam masak merah dan sambal belacan je - suka2 letak) 

Selamat mencuba :)

 


Wednesday, November 17, 2010

Nasi Beriyani Kambing


NASI BERIYANI KAMBING
Bahan2:- 
2 kg beras basmathi
375 gm minyak sapi
2 liter air
1 tin (400gm) susu cair ideal
secubit koma2 (jenis sentil - guna brand Mc'Cormick)
2 sd besar base sunquick
1 sd besar garam
secubit msg
100 gm kismis
150 gm gajus
75 gm daun pudina (ambil daun sahaja)
25 gm ibu beriyani
75 gm rempah beriyani (kalau takde ibu beriyani tu guna 100 gm rempah beriyani sahaja)


Kisar:
6 biji tomato
4 batang cili hijau
8 batang cili api


Hiris nipis: 
6 biji bawang besar
10 ulas bawang putih


Diketuk:
2 inci halia


Rempah Campak:
5 batang kulit kayu manis
15 biji bunga cengkih
6 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga


Caranya:-
Beras basmathi dicuci dan kemudian rendam selama sejam. Buang airnya dan cuci sekali lagi. Toskan.

Panaskan minyak sapi dan goreng kismis dan gajus berasingan dan toskan. Dalam minyak sapi yg tertinggal masukkan rempah campak. Kacau sebentar.

Masukkan bawang putih hiris dan kacau hingga kuning.

Kemudian masukkan halia dan kacau lagi.

Kemudian masukkan bawang besar hiris dan kacau.


Goreng bahan2 ini hingga kuning.

Masukkan bahan kisar dan tumis sebentar

Kecilkan api dan masukkan rempah2 beriyani dan kacau sebati.

Kemudian masukkan air, susu cair, koma2 (saffron) dan garam serta msg jika digunakan.

Biarkan mendidih masukkan sunquick dan kacau sebentar.

Masukkan daun pudina, separuh kismis dan gajus goreng dan beras yang telah ditoskan. Ratakan.

Didihkan hingga beras timbul dipermukaan. Alihkan periuk ke atas tungku double dan gunakan api paling perlahan atau rice cooker besar jika ada dan tutup biar tanak dgn sempurna.

Gemburkan nasi dan tutup periuk biarkan ditanak lagi.

Apabila nasi ditanak sepenuhnya, tuang anggaran secawan kuah beriyani kambing diatasnya.

Kemudian tuangkan baki gajus dan kismis yg telah digoreng tadi. Nak tinggalkan sikit pun boleh utk taburan atas nasi...aku lupa smlm sbb dah kelam kabut

Gaul rata dan tutup. Biarkan atas tungku atas api paling kecik dlm 15 minit lagi. Padamkan api biarkan tertutup sehingga dihidangkan.

Sendukkan nasi ke dalam piring bujur atau mangkuk.

Kemudian sudukan sedikit isi kambing dan taburkan bawang goreng dan sedikit gajus dan kismis goreng serta daun pudina jika ada. Hidangkan dgn ayam masak merah, jelantah dan lauk beriyani kambing. Kalau ada dalca lagi bagus - tak sempat nak buat sbb dah kesuntukan masa.

Selamat mencuba :)

Recent Posts