Sunday, April 8, 2012

Pulut Kuning

Pulut kuning percubaan aku yang pertama disajikan dengan rendang ayam tua dan udang goreng.

PULUT KUNING
Bahan2:-
1 kg beras pulut - di cuci dan toskan
1.8 liter air
1 sd teh membumbung serbuk kunyit (gunakan baba's untuk warna lebih terang)
2 keping asam keping
5 helai daun pandan (dicarik dan simpul)
2 sd teh garam (atau secukup rasa)
1 sd teh gula (optional)

Dikisar bersama
700 gm kelapa parut
600 ml air

Hiasan (optional):
400 gm udang harimau (cuci dan toskan)
sedikit garam dan serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
cili api merah atau cili merah
daun limau purut

Caranya:
Rendam beras pulut yg telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan air bersama asam keping selama 4 jam atau semalaman.

Kemudian buang asam keping dan toskan (tak perlu bilas). Sediakan pengukus. 

Masukkan beras pulut ke dalam periuk yang kering dan kukus 30 minit pada wap kukusan tinggi.

Sementara itu pada kelapa parut yang telah dikisar tadi perah untuk mendapatkan 800 ml santan pekat. Tapis dan masukkan ke dalam periuk.   

Masukkan simpulan daun pandan, garam dan gula jika digunakan.

Jerang sambil sentiasa dikacau.

Biarkan mendidih selama 2 minit (sentiasa dikacau)

Keluarkan pulut yang telah di tanak dari pengukus dan curahkan santan yang telah di didihkan tadi. Boleh alihkan daun pandan jika mahu.
  
Gaul rata2 dengan sudip kayu.

Masukkan kembali ke dalam pengukus dan kukus lagi 45 minit atau hingga tanak (jika guna periuk yang dalam). Jika guna alas kukus daun pisang atau yg datar masa mengukus bolehlah di kurangkan hingga pulut completely tanak. Kacau pulut dalam sekali pada 15 minit terakhir mengukus supaya masaknya rata.

Angkat keluar dari pengukus.

Hidangkan bersama Rendang Ayam Tua.

Atau masukkan ke dalam acuan. 

Tekan padat pulut ke dalamnya dan ratakan dengan plastik atau daun pisang. Terbalikkan ke dalam pinggan dengan cermat (alas pinggan dengan sekeping daun pisang jika ada sebelum di telangkupkan pulut).

Gaul udang bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng hingga garing.

Angkat dan toskan.

Isi dan susunkan sedikit rendang ayam ke dalam ruang acuan dan tepinya. Susun juga daun limau purut dan cili api merah yg telah dibelah jika suka.

Kemudian aturkan udang yang telah digoreng tadi di tepinya. Hidangkan.

Selamat mencuba :)

Note:
Penggunaan daun pandan untuk menaikkan aroma pulut dan untuk potong bau kunyit yg sedikit `keras' (taknak letak pun takpe).

Tujuan menjerang santan hingga mendidih adalah supaya pulut tak cepat basi (jadi bertali2) dan untuk menghasilkan pulut yang berkilat.

Seeloknya gunakan kelapa parut yg tua untuk jadikan pulut  lebih berkilat lepas masak dan rasanya lebih lemak. Kalau takde gunakan 350 ml santan kotak atau santan dalam paket dan larutkan dgn 450 ml air. 

Friday, April 6, 2012

Cucur Kodok Udang


Cucur kodok/kuih kodok udang untuk minum petang yg menggunakan udang basah, daun kucai dan jagung krim sebagai ramuan utama.

CUCUR KODOK UDANG (hidangan +- 10 org)
Bahan2:-
700 gm tepung gandum
800 gm udang basah (dicuci dan toskan)
1 sd besar baking powder
1 tin (425 gm) jagung krim
200 gm (3 biji) bawang besar - di dadu
1 sd besar paras garam (atau secukup rasa)
1/2 sd teh serbuk perasa
350 ml air
3 biji telur (gred A)
150 gm daun kucai - di potong 2 cm
700 ml minyak masak

Caranya:
Kupas udang basah dan kemudian gunting atau cincang kasar. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga digunakan.

Pada kulit udang yang tinggal, cuci dan toskan.

Kemudian kisar kulit udang dengan 350ml air dan tapis.

Tekan dengan senduk supaya semua jusnya keluar dan menghasilkan 500 ml perahan untuk membancuh adunan.

Dalam mangkuk yang kering masukkan tepung, garam dan serbuk perasa bersama baking powder.

Kemudian masukkan telur dan jagung krim.

Selepas itu masukkan udang yang telah di cincang kasar dan bawang yang telah di dadu.

Akhir sekali masukkan jus kulit udang dan hirisan daun kucai.

Kacau bahan2 ini sehingga sebati.

Tutup dan diamkan 1/2 jam sebelum di goreng. Adunan akan kelihatan naik sedikit dari asal.

Panaskan minyak dan apabila cukup panas sudukan adunan dan titiskan. Boleh juga gunakan hujung senduk. Gunakan api sederhana.

Apabila bawahnya mula kuning terbalikkan dengan cermat dan goreng kuih hingga keseluruhannya kuning keemasan.

Kemudian angkat dan toskan dengan kertas dapur.

Hidangkan bersama kuah cili merah

Selamat mencuba :)

Recent Posts