Friday, April 6, 2012

Cucur Kodok Udang


Cucur kodok/kuih kodok udang untuk minum petang yg menggunakan udang basah, daun kucai dan jagung krim sebagai ramuan utama.

CUCUR KODOK UDANG (hidangan +- 10 org)
Bahan2:-
700 gm tepung gandum
800 gm udang basah (dicuci dan toskan)
1 sd besar baking powder
1 tin (425 gm) jagung krim
200 gm (3 biji) bawang besar - di dadu
1 sd besar paras garam (atau secukup rasa)
1/2 sd teh serbuk perasa
350 ml air
3 biji telur (gred A)
150 gm daun kucai - di potong 2 cm
700 ml minyak masak

Caranya:
Kupas udang basah dan kemudian gunting atau cincang kasar. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga digunakan.

Pada kulit udang yang tinggal, cuci dan toskan.

Kemudian kisar kulit udang dengan 350ml air dan tapis.

Tekan dengan senduk supaya semua jusnya keluar dan menghasilkan 500 ml perahan untuk membancuh adunan.

Dalam mangkuk yang kering masukkan tepung, garam dan serbuk perasa bersama baking powder.

Kemudian masukkan telur dan jagung krim.

Selepas itu masukkan udang yang telah di cincang kasar dan bawang yang telah di dadu.

Akhir sekali masukkan jus kulit udang dan hirisan daun kucai.

Kacau bahan2 ini sehingga sebati.

Tutup dan diamkan 1/2 jam sebelum di goreng. Adunan akan kelihatan naik sedikit dari asal.

Panaskan minyak dan apabila cukup panas sudukan adunan dan titiskan. Boleh juga gunakan hujung senduk. Gunakan api sederhana.

Apabila bawahnya mula kuning terbalikkan dengan cermat dan goreng kuih hingga keseluruhannya kuning keemasan.

Kemudian angkat dan toskan dengan kertas dapur.

Hidangkan bersama kuah cili merah

Selamat mencuba :)

2 comments:

Recent Posts