Wednesday, September 28, 2011

Ayam Masak Lemak Terung

Assalamualaikum :) Ini ialah antara versi masak lemak yg selalu aku buat selain renih semua atas api macam masak lemak biasa. Selalunya masak lemak ni di campur dengan nenas tp kali ni aku gantikan dengan terung - tukar selera. Selain guna cili api merah yg pedas tu, bahan2 rempah di tumis hingga naik minyak selain menggunakan byk bawang merah juga untuk selaraskan rasa pedas masak lemak ini bersama bahan2 lain serta menggunakan santan pekat bagi tujuan yg sama untuk masak lemak yang lemak2 pedas katanya.

AYAM MASAK LEMAK TERUNG
Bahan2nya:-
Dikisar bersama:
120 gm cili api merah (jika tak nak pedas sangat guna 80 gm sahaja atau gantikan dgn cili api hijau yang panjang tuh) - separuh di biarkan bertangkai 
300 gm bawang merah (shallots)
30 gm bawang putih (anggaran 5 biji)
70 gm halia
50 gm kunyit hidup
10 gm jintan manis (anggaran 1 sd besar)
1 batang serai (gunakan 2 inci dari bawah)

Bahan lain:
1.85 kg kepingan ayam
2 helai daun kunyit - dicarik
5 batang serai  - dititik
10 gm (anggaran 15 helai) daun limau purut - dicarik
200 ml minyak masak
2 keping besar asam keping
1 sd besar garam atau secukup rasa
1 sd besar gula (optional)
secubit serbuk perasa jika mahu 
500 ml santan pekat (aku guna santan kotak)
750 ml air (jika suka cair gunakan 1 liter air dan sesuaikan rasanya)
350 gm kentang (anggaran 4 biji) - belah 2 
400 gm terung (di potong menyerong)

Caranya:
Ayam dibersihkan dan ditos kering. Campurkan daun kunyit yg telah dicarik dan ketepikan.

Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar bersama garam

Tumis hingga garing dan selalu dikacau.

Kemudian masukkan kepingan ayam bersama daun kunyit tadi. Gaul sebati bersama tumisan.

Masukkan kentang dan serai dan gaul lagi.

Kemudian masukkan air dan asam keping. Kacau rata.

Apabila mendidih masukkan santan dan kacau rata.

Masukkan gula dan serbuk perasa jika digunakan dan biarkan mula mendidih atas api sederhana.

Kemudian masukkan daun limau purut. Renih seeloknya bertutup sambil dikacau sekali sekala hingga ayam empuk dan kuah mula pekat.

Masukkan terung dan ratakan. Didihkan lagi 5 minit.

Kemudian padamkan api.

Hidangkan (hias dgn cili merah jika suka).

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Recent Posts