Friday, September 14, 2012

Monster Cookies

Satu lagi biskut yg baru aku sempat nak publish. Anyway inilah first attempt aku membuat biskut gergasi nih....besar gilos size biskut ni sesuai lah dengan namanya....sebesar piring alas cawan gtu, ikut recipe yg aku saved dari yahoogroups mealtimemenus beberapa tahun yg lepas.
Biskut ni sangat la layan bila di patahkan kepingan yg besar dan crunchy itu, pastu kasi rendam sikit dengan susu sejuk dan ngap.
Biskut nih takde tepung hanya guna oats bersama bahan2 lain. Cuma aku tambah walnut dari recipe asal dan lebihkan sikit butter serta timbang ke gram semua sukatan cawannya (aku guna cawan kopi) supaya senang aku nak buat next time. Walnut tu pun aku bakar sekejap supaya lebih rangup bila dibakar dgn adunan biskut. Ok jom aku share recipenya :)

MONSTER COOKIES
Bahan2:
150 gm unsalted butter (suhu bilik)
170 gm gula caster
160 gm gula perang
245 gm peanut butter (halus/creamy)
1 sd teh corn syrup
4 biji telur (gred B)
1 sd teh vanila
1 sd teh butter vanila
2 sd teh penuh bicarbonate of soda
385 gm instant oats
160 gm chocolate chips
100 gm walnut
240 gm M&M's milk chocolate

Caranya:
Masukkan walnut ke dalam dulang pembakar yang kering dan bakar pada suhu 100C selama sejam.

Kemudian sejukkan sedikit dan cincang kasar atau gunting kecil. Simpan dalam bekas kedap udara sehingga di gunakan.

M&M's di masukkan ke dalam sebuah mangkuk yg kering untuk di bahagi 2

Dalam mangkuk yang kering masukkan mentega.

Kemudian pukul hingga kembang.

Masukkan gula perang kemudian gula caster dan pukul lagi hingga sebati.

Selepas itu masukkan kesemua telur.

Pukul sehingga kembang dan halus.

Kemudian masukkan peanut butter bersama corn syrup.

Pukul adunan ini sehingga betul2 sebati dan kembang.

Masukkan bicarbonate of soda. Pukul sehingga rata.

Selepas itu masukkan esen vanila serta esen butter vanila dan sebatikan.

Masukkan 1/3 bahagian oat dan pukul hingga rata, kemudian tambah 1/3 lagi dan pukul rata.

Buat sehingga oat habis digunakan.

Masukkan cincangan walnut yg telah disediakan dan gaul rata.

Selepas itu masukkan pula chocolate chips dan ratakan.

Akhir sekali masukkan separuh dari M&M's.

Gaul hingga sebati dgn spatula.

Panaskan oven pada suhu 170C dan sediakan scoop ice cream serta dulang pembakar yang telah di gris dgn sedikit mentega.

Scoop penuh adunan ke dalam dulang pembakar yg tersedia. Buat 4 ketul dengan berjarak jauh antara satu sama lain.

Kemudian susun 5 ke 6 biji M&M's (yg telah di asingkan separuh) ke atasnya.

Masukkan ke dalam oven yang tersedia dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga perang.

Keluarkan dari oven. Biskut yg masih panas akan berkeadaan sedikit lembut.

Biarkan ianya sejuk dan mula mengeras.

Kemudian simpan ke dalam bekas kedap udara.

Hidangkan.

Lebih enak dihidangkan bersama susu sejuk.

Selamat mencuba :)

Thursday, August 30, 2012

Cheese & Chicken Curry Bun

Assalamualaikum dan selamat hari raya :) Cuti raya lama juga so aku ngetest buat roti pulak uli pakai tangan je takde pakai breadmaker. Breadmaker aku beli tu pun jarang2 aku guna sejak cawan sukatannya hilang.
Ok lah memandangkan stock tepung roti ada aku tak pakai lagi masa beli kat bake with yen bulan puasa haritu, ayam pun ada dalam fridge dgn carrot, dgn bread imporver, softener and shredded cheese segala maka aku buatlah roti nih pakai tangan dan alhamdulillah menjadi.
Cuma gambar masa tgh nak buat je byk tak dapat amik sbb bateri kamera kong. Ok la jom aku share version aku :)

CHEESE & CHICKEN CURRY BUN
Bahan2:-
700 gm tepung roti
11 gm yis kering (aku pakai Mauripan)
70 gm susu tepung penuh krim (for baking)
325 ml air suam
130 gm mentega  (dibiarkan lembik)
1 1/2 sd teh bread improver
1 1/2 sd teh bread softener
1 biji telur (gred A)
1 1/2 sd teh garam
100 gm gula pasir
250 gm shredded cheddar cheese
sedikit tepung serbaguna untuk dusting

Egg Wash
Dipukul sebati:
100 ml susu cair
2 biii telur 

Caranya:-
Masukkan tepung roti bersama susu tepung, garam, bread softener, bread improver, gula dan telur ke dalam mangkuk pengadun yang kering. Kemudian masukkan yis kering dan telur, tuangkan air suam kecuali mentega dan gaul sebati dengan tangan selama 5 minit hingga terhasil doh yang melekit.

Pastikan adunan telah bergaul rata dengan bahan2 yg di campurkan tadi.

Taburkan landasan menguli yang bersih dan kering dgn sedikit tepung dan tuangkan doh tadi.

Ambil sebahagian mentega yang telah lembik dan lumur pada kedua belah tapak tangan dan ramas bersama dough hingga bergaul sebati dengan mentega tersebut dan kemudian gunakan sebahagian lagi mentega dan uli dengan cara yang sama hingga sebati dan menjadi sebuku dough.

Tambah sedikit lagi tepung untuk dusting dan mulakan menguli doh.

Tolak ke depan dan lipat, berulang2 selama 20 ke 25 minit (exercise tangan tu :p) sehingga kenyal dan tidak melekat di tangan.

Selepas itu masukkan kembali ke dalam mangkuk yg disapu dgn sedikit mentega cair.

Tutup dengan foil atau cling wrap dan biarkan sejam. Sediakan intinya.

Chicken Curry Filling
350 gm chicken fillet (di dadu)
2 biji kentang (dadu)
1 batang carrot  (dadu)
3 biji bawang besar (dadu)
1 liter air
1 paket serbuk kari daging
80 ml minyak
1 batang kulit kayu manis
1 sd teh garam (atau secukup rasa)
1/2 sd teh serbuk perasa (jika suka)
1 sd makan gula

Tumbuk:
1 biji bawang besar
1 sd teh jintan manis
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Caranya:
Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga garing. Perlahankan api dan masukkan serbuk kari dan kacau kemudian masukkan ayam yang telah di cuci dan ditoskan. Gaul sebati dan kemudian masukkan air dan garam. Didihkan hingga isi ayam lerai (jd bertali2 - jika suka) atas api sederhana (tambah air jika perlu). Apabila airnya tinggal separuh masukkan kentang dan didihkan lagi hingga lembut. Kemudian masukkan carrot dan kacau hingga mula kering. Masukkan gula dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan bawang dan kacau hingga bawang mula jernih. Padamkan api dan sejukkan inti.

MAKING BUNS
Alihkan foil atau cling wrap dari mangkuk adunan selepas sejam diperam.

Tumbuk dough untuk mengeluarkan anginnya.

Kemudian uli sedikit lagi seperti cara menguli diatas dalam 5 minit.

Biarkan sebentar dan sediakan dulang pembakar yg bersapu sedikit mentega. 

Bahagikan dough kepada bebola kecil seberat lebih kurang 50 gm.

Ambil sebiji bebola dough dan uli sedikit lagi jika perlu. Kemudian leperkan jgn terlalu nipis dan isi 1 sd makan inti.  

Lipat dan temukan bahagian tepi dough serta picit sedikit untuk menutup intinya.

Kemudian satukan bahagian atas dan bawah pula untuk menjadi sebiji bun (pastikan intinya bertutup rapat tidak terbuka)

Susun dalam dulang pembakar yang tersedia dengan cermat. Jarakkan antara dough supaya dapat mengembang dgn baik.

Apabila siap tutup dan biarkan 20 minit lagi. Sementara itu panaskan oven pada suhu 195C (no. 6)

Sediakan eggwash dan berus.

Selepas 20 minit sapu permukaan setiap dough yang hendak dibakar dengan eggwash.

Kemudian taburkan shredded cheese diatasnya. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 20 minit ke 25 minit.

Keluarkan roti yg telah selesai di bakar dari oven dan sejukkan.

Hidangkan.

Selamat mencuba :)

Note:
* Roti yang telah sejuk jika hendak disimpan hendaklah disimpan dalam plastik dan seal untuk mengekalkan kelembutannya.