Thursday, October 14, 2010

Ikan Cencaru Goreng Berlada


Bahan2nya:
4 ekor ikan cencaru yang sederhana besar (dlm 8 inci panjang X 3 inci lebar tengah-biarkan dgn kulit sekali)
- belah belakang dari hujung kepala ke ekor - jgn putus, buang insang dan perut - cuci bersih dan tos.


Gaulkan dan perap 15 minit dengan:
1 sd besar serbuk kunyit
1/2 sd besar garam
 
Kisar bersama hingga halus:
40 tangkai cili kering - potong dan rebus
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
 
Bahan lain:
1 labu bawang besar - dihiris bulat kasar
1 sd besar paras garam
1/2 sd teh serbuk perasa
5 sd besar gula
2 sd besar asam jawa dibancuh dengan 2/3 cawan air
dari baki2 kisaran cili dalam blender
2 cawan minyak


Caranya:
Goreng ikan dengan minyak hingga garing. Angkat dan tinggalkan 1 cawan minyak lalu tumis bahan kisar bersama garam - petua cepat garing, hingga garing dan naik minyak (kira kalu dah jadi cam tahi minyak tu dah garingla).
Masukkan air asam jawa dan kacau lagi hingga garing, masukkan gula, serbuk perasa (bahan2 perasa ni actually secukup rasa -tapi better ada rasa manis2 masam sikit).

Masukkan bawang dan kacau sekejap hingga gegelang bercerai - api jgn besar sangat nanti cepat hangus pasal ramuan ni takde air added.


Masukkan ikan dan kacau rata dan ratakan ramuan juga dalam bahagian dalam belakangnya.

Angkat dan hidangkan. Boleh makan dengan nasi, bubur lambuk,
nasi lemak dan roti canai. roti canai.
 

Ikan cencaru boleh digantikan dengan ikan kembung, ikan selar atau cutlets - ikan tenggiri atau parang dsb

No comments:

Post a Comment

Recent Posts