Thursday, October 14, 2010

Swiss Roll Pandan & Coklat


SWISS ROLL PANDAN & COKLAT
Bahan-bahan:300 gm gula icing
50 gm gula caster
12 biji telur grade B
85 gm ovalette
1 sd besar baking powder
195 gm tepung hong kong
40 gm susu tepung
1 sd teh vanila
1 sd besar butter vanila
250 gm mentega - di cairkan

10 helai daun pandan dikisar bersama 100 ml air dan di tapis
beberapa titik pewana hijau

1 sd besar chocolate emulco

1 x tin pembakar 10" x 14 " di lenser mentega dan dialas kertas 12" x 16" dan dilenser mentega lagi rata2
1 x tin pembakar 12" x 14" di lenser mentega dan dialas kertas 14" x 16" dan dilenser mentega lagi rata2kertas minyak tambahan setiap satu bersaiz 14" x 16" dan 16" x 17"
(ukuran ni approximate je janji lebih besar dari saiz kek tu untuk memudahkan diangkat keluar dari tin pembakar dan semasa digulung)

Inti :
200 ml krim segar sejuk
2 sd besar gula icing
(dipukul pd kelajuan sederhana hingga kental. Sejukkan sehingga digunakan)

1 cawan ganache. Click here for recipe


Method:
Masukkan telur, gula2, baking powder dan ovalette dlm mangkuk pengadun. Pukul pada speed perlahan hingga ovalette larut.
Kemudian pukul hingga naik 3 kali ganda
Masukkan tepung hong kong dan susu tepung. Pukul lagi hingga naik dan kental.
Masukkan esen vanila dan esen butter vanila. Pukul sebentar.
Kemudian masukkan mentega cair. Pukul lagi dalam 5 minit.
Apabila siap diadun, ambil anggaran 6 senduk adunan dan campurkan chocolate emulco. Tambah bbrp titik pewarna coklat jika nak warna coklat nampak terang (aku tak pakai sbb dah abis). Kacau sebati.
Pada adunan yang tinggal masukkan jus pandan dan pewarna hijau. Gaul sebati dgn menggunakan mixer.

Sementara itu panaskan oven suhu 190 C (anggaran 20 minit). Tuang adunan pandan dalam loyang2 tersedia dan ratakan.

Adunan coklat di masukkan dalam beg plastik dan di gunting sedikit hujungnya (anggaran 5 mm). Lagi elok guna piping bag dgn star nozzle (aku takde nozzle).

Paip adunan coklat bermula dr tengah untuk membentuk jalur kemudian kiri kanan.

Kemudian buat cross dgn cara yg sama (bermula dr tengah). Kalau tak nak guna cara ini buat dot2 menggunakan adunan coklat pon bleh (ikut creativity).Bakar dalam oven yg telah dipanaskan selama 20-25 minit. Bila dah keluar dari oven jgn tggu lama sgt untuk digulung. Nanti tepinya kecut (macam kek no.2)
Keluarkan kek dari loyang dan telangkup perlahan2 ke kertas tersedia (ikut size). Leraikan kertas alas tin pembakar dari kek dgn cermat. Pastikan bahagian bercorak di bawah. Gulung dengan cermat dari bahagian yang paling lebar bersama kertas tersebut sewaktu masih panas. Jangan panik bila nak gulung swiss roll kerana takut pecah. Mulakan dengan lipatan kecil (macam pulas handle motor) dengan kedua tangan dan gulung bersama kertas tersebut sekali.
Pastikan kedua tangan jgn terlalu tepi atau tengah kek sewaktu menggulung. Apabila selesai digulung bersama kertas, biarkan kek sejuk.
Apabila kek telah sejuk buka kembali gulungan dan sapu ganache dan krim putar rata2.
Gulung kembali dengan cermat. Differentiate inti ganache jalur satu dan yg pakai cream jalur cross.


Hiris setebal 1.5 cm dan hidangkan. Swiss roll inti ganache yg telah dipotong tak sempat nak snap sbb bateri kamera dah kong..
Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment