Thursday, October 14, 2010

Moist Chocolate Cake


MOIST CHOCOLATE CAKE
Chocolate Butter Sponge
Bahan2:
250 gm mentega sejuk
190 gm tepung naik sendiri
50 gm serbuk koko
30 gm serbuk badam (ground almond)
100 gm gula caster
100 gm gula perang
100 gm gula icing
8 biji telur
1 sd kecil esen vanilla
1 sd kecil butter vanilla
1/2 sd teh choc emulco
75 gm ovalette/Sponge Cake Stabiliser
1 sd besar susu cair penuh krim (Ideal)
1 sd kecil baking powder

Cara2:
Lumur sedikit mentega pada tin pembakar springform 10" dan alas kertas gris. Lumur lagi mentega rata2 pada seluruh bahagian dalam acuan.

Masukkan telur, gula2, ovalette dan baking powder dalam mangkuk yang kering.

Pukul pd kelajuan perlahan hingga sebati. Turn to high speed dan pukul hingga naik 3 kali ganda.

Perlahankan mixer dan masukkan tepung, cocoa powder, serbuk badam dan susu cair sambil dipukul pada kelajuan perlahan. Kemudian pukul lagi pada kelajuan tinggi selama lebih kurang 10 minit. Proses ni ambil masa dalam lebih 1/2 jam jugak la kalau pakai mixer tangan biasa.

Kemudian masukkan pula esen vanila, chocolate emulco dan butter vanila.  Pukul rata.

Masukkan pula mentega.

Pukul lagi pd medium speed selama 10 minit.

Kemudian padamkan mixer. 
.
Tuang dalam tin tersedia. 

Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan 20 minit pd suhu 160C (no. 4) dan bakar selama sejam.

Sejukkan sebelum diletak topping.

Sediakan GANACHE
Bahan2:
500 gm coklat masakan - cincang kasar
600 ml heavy cream
50 gm butter
2 sd besar gula icing
Secubit garam
1/2 sd kecil butter vanilla

Bahan2 hiasan lain :
1 cawan almond flakes (dibakar 150C - 1/2 jam hingga kuning)
100 gm coklat masakan putih (cairkan cara double boiler dan masukkan 1/2 sd teh pewarna pink)
Buttercream (jika suka) & chocolate rice

Cara membuat ganache:
Panaskan heavy cream, gula, butter vanila, garam di atas api perlahan dlm heavy saucepan dan sentiasa kacau dgn whisk hingga berbuih2 halus di permukaannya.

Bila mula mendidih masukkan kepingan coklat dan kacau hingga coklat mula cair.


Masukkan butter.

Padamkan api dan terus kacau hingga butter cair sepenuhnya. Biarkan sejuk (tak perlu sejukkan dalam fridge)

Ini hasil ganache yang dah sejuk. Texture nya likat.


Sediakan kek.

Alas meja untuk menadah comotan coklat. Terbalikkan kek yg telah sejuk ke alas kek. Release springform dan buang kertas alas kek dengan cermat. Potong kek mendatar utk mendapatkan 2 lapisan. Kalau ada leveller lagi bagus.

Tuang sedikit ganache pd lapisan pertama dan ratakan.

Tutup dgn lapisan yg selebihnya. Tuang secukup ganache atas kek dan biar ianya glide sendiri ke bawah. Agak2 jgn banyak sgt nanti jenuh nak bersihkan tepi kek

Ratakan ganache di tepi kek dgn spatula. Tambah jika perlu hingga semua coated.

Kemaskan tepinya dgn almond flakes yg telah dibakar.

Hias dengan buttercream yg telah di campur dengan pewarna yg disukai.

Atau paipkan coklat masakan pink (aku takde piping bag extra so aku letak dalam plastik je dan gunting muncung).

Potong dan hidangkan.
 



Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Recent Posts