Thursday, October 14, 2010

Kek Marble Anika Rasa

Aku pun tak tau nak bg nama apa cuma pggl kek marble je sbb ada colours. Selalu nya aku pakai tin pembakar biasa tp kali ni aku buat dalam cawan muffin kertas (nak abiskan belen yg byk lagi tinggal sejak aku test resipi kat forum buat muffin pisang kopi tu hari)...ok jugak buat kek pakai nih...senang nak angkut ke mana-mana dan bagi kwn2...takyah susah2 nak potong utk bahagi2. Nak simpan pun senang.
Kek ni asalnya butter cake biasa jer cuma aku gatal2 letak memula coklat jd kek zebra...lepas tuh buat lagi sekali aku letak pandan plak, then aku letak strawberry plak dan macam2...rasa tu yg aku suka..ada rasa strawberry, butter, coffee, pandan, orange, chocolate. Simpan satu hari lagi best sbb rasa dia dah sebati. Ok mari aku share recipe lagi..




KEK MARBLE ANIKA RASA
Bahan2:
Cawan muffin kertas secukupnya (anggaran 35 biji)
ATAU:
Sediakan 2 biji tin 10" x 10" dan lengser sedikit mentega, alas dengan kertas gris dan lenser lagi seluruh bahagian dalam acuan termasuk kertas alas sekali.


Bahan A:
800 gm mentega sejuk 


Bahan B:
2 sd teh esen vanila
850 gm tepung naik sendiri - ayak 3 X
500 gm gula caster
350 gm gula icing
1 sd besar baking powder

2 sd besar butter vanila
26 biji telur (grade B)
2 sd besar susu cair
150 gm Quick 75
/ovalette/cake emusifier

Bahan C (Esen & Pewarna):

Sediakan 6 biji mangkuk, 6 sudu sedang dan 6 sudu teh yang
bersih dan kering.

Ratio ==> 1 sd teh esen : 1/2 sd teh pewarna
1. Strawberry Emulco : Pewarna merah jambu
2.
Chocolate Emulco : Pewarna coklat
3. Esen Pandan/Coconut Pandan 
: Pewarna Hijau

4. Orange Cloudy (Orange Emulco) : Pewarna Oren
5. Pewarna biru (Butter)
6. Coffee Oil/Coffee Emulco : Pewarna merah


Cara membuat Butter Sponge:
Dalam mangkuk pengadun yang kering masukkan telur (aku kacau sikit telur tu), esen vanila, baking powder, gula icing, gula caster dan ovalette.



Pukul pd kelajuan perlahan sehingga sebati dan apabila ovalette mula larut lajukan mixer (aku pakai mixer tgn je tp kalau pakai spiral mixer lg bagus dan boleh relax sambil sediakan benda lain) 


Pukul pada kelajuan tinggi sehingga gebu dan naik 3 kali ganda (+- 20 minit). 


Perlahankan mixer dan masukkan tepung sedikit2 dan susu cair. Gaul sebati.


Kemudian pukul lagi sehingga sebati dan halus (lebih kurang 10 minit) pada kelajuan tinggi.


Turunkan kelajuan mixer ke paras sederhana dan masukkan esen butter vanila dan mentega sambil dipukul selama 5 minit (pada kelajuan sederhana). 


Selepas itu pukul lagi pada kelajuan tinggi selama 5 minit. Alihkan dari mixer. 


Cara mewarna dan mempelbagaikan rasa:
Panaskan oven suhu 165 darjah C selama 20 minit dan dalam pada itu bahagikan adunan pada 6 bahagian sama rata.

Masukkan setiap satu bahagian adunan dengan senarai 1-6. Gunakan 1 sd teh perasa dan 1/2 sd teh pewarna. 


Kacau sebati dan sediakan cawan kertas.


Sudukan anggaran 1 camca sedang setiap adunan 1-6 (e.g 1 sd sedang adunan strawberry. 


Kemudian diikuti 1 sd sedang adunan coklat dan lain2 - penghabisan sekali kopi sehingga ke paras 2/3 - hampir 3/4 cwn muffin. Susun dlm petitin atau loyang pembakar yang telah digris sedikit mentega (jarakkan sedikit supaya haba dpt disebarkan dgn baik pada setiap casing muffin tersebut)

ATAU jika menggunakan tin pembakar:
Tuang 1/2 bahagian setiap adunan dalam tin. Sila ikut urutan 1-6 untuk mendapat gabungan rasa yang baik. Ulangi proses yang sama pada 1/2 adunan yang tinggal <==== UNTUK SETIAP SATU TIN PEMBAKAR.
Sebaiknya lakukan proses ini semasa memanaskan oven (20 minit)

Bakar
selama 1 jam 5 minit dalam oven yang telah dipanaskan. Pastikan pintu oven sentiasa bertutup sepanjang proses membakar supaya kek naik dengan baik dan dibakar sempurna.
Tanda kek telah masak ialah
kelihatan meregang sedikit dari tepi acuan/casing selain nampak naik melebihi 2 kali ganda dari sebelum dibakar.

Keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk. Atau simpan dalam bekas bertutup atau dibalut dgn foil untuk mengekalkan rasanya (aku lg suka simpan satu mlm dulu baru makan..lebih lembap
& fully flavoured)
Buang kertas muffin dgn cermat dan potong 4 setiap satu kek secara menegak dan hidangkan.

Atau hiris 3-4 membulat
Note: 
-  Ni adunan yg aku buat banyak...bolehla kurangkan ke separuh adunan atau sebagainya :)
- Perasa dan pewarna boleh ditambah (jgn byk sgt perasa nti rasanya 'keras') atau dikurangkan mengikut citarasa...lagi oren warna kuning telur yg digunakan lagi terang warna kek selepas di bakar. 

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment