Thursday, October 14, 2010

Laksa Asam



LAKSA ASAM (Hidangan 8-10 org)

Bahan-bahan

1 kg laksa basah - jenis transparent yg sedia digunakan (tak perlu celur)

(Stok )
1 kg ikan kembung (aku gunakan yg jenis lemak tu)
3 liter air

(Kuah Laksa)

A: Kisar :

75 gm cili kering - potong, rebus, tos
250 gm bawang besar (about 3 biji)
3 ulas bawang putih*
1 cm hirisan halia
2" kunyit hidup
1/2 keping kecil belacan (dalam 45 gm)

B:
1 1/2 sd besar garam (atau secukup rasa)
1/2 sd teh serbuk perasa
3 sd besar gula

C:

1/2 biji nenas (hiris kasar)
3 batang serai - diketuk
200 gm daun kesum (ambil daun sahaja)
3 tangkai bunga kantan - ambil bunga sahaja - belah 2
25 gm asam keping (about 8 -10 keping)

Ulam dan bahan lain:

4 biji bwg besar - hiris
8 biji telur - rebus keras dan belah 2
5 tangkai cili merah - hiris
15 tangkai cili api - hiris
1/2 biji nenas - hiris
5 biji limau nipis - belah 2
2 biji tomato - hiris
1 batang timun - racik
3 pokok daun salad - hiris
2 cekak daun pudina (daun sahaja)
1 botol petis udang


Cara menyediakan :-

Rebus ikan bersama air mendidih lebih kurang 20 minit. Keluarkan ikan. Tapis stok. Ambil anggaran 4 cawan stok utk mengisar ikan dan tulang ikan.
Jerang kembali stok yg telah ditapis dan masukkan bahan A.

Pada rangka dan kepala ikan yg tinggal...kisar sedikit demi sedikit bersama stok yg telah diasingkan dan tapis. Tekan dgn senduk besi supaya semua stok keluar. Masukkan ke dalam stok yang sedang di renih.Masukkan bahan C dan B ke dalam renihan.Gunakan garfu dan sudu ambil isi ikan sahaja dan kisar bersama sedikit stok yg telah diasingkan.

Masukkan ke dalam renihan kuah laksa dan didihkan hingga pekat. Padamkan api dan hidangkan.Cara menghidang:

Masukkan 1-2 senduk laksa ke dalam mangkuk dan tabur ulam2 yang dihiris/diracik bersama sedikit petis jika suka nak extra.Tuangkan kuah dan letakkan tambahan daun pudina dan petis. Hidangkan panas.
[ Aku suka panaskan jap bancuhan laksa tu supaya kuah menyerap laksa dan jadi ala2 starchy gitu :) ]
Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment