Thursday, October 14, 2010

Mee Rebus



MEE REBUS (Masakan ini untuk lebih kurang 10 org) 
Bahan2nya:
Kuah :
(Kisar bersama)
30 tangkai cili kering (direndam)
1/2 cawan udang kering 
3 biji bwg besar 
5 ulas bwg putih
1" kunyit hidup
1" halia
1 sd besar jintan manis

Tumisan :
4 biji bwg besar - hiris halus
5 batang serai dititik
2" lengkuas - dititik

Kisar:
¾ cawan taucu

Lain2:
1 paket kecil rempah kari ikan
6 sd besar gula atau 1 ketul (selinder) gula melaka
1.2 kg keledek ungu - direbus dgn 1.2 liter air hingga empuk

500 gm udang - dikupas (asingkan kulit dan kepalanya)
1 sd besar garam atau secukup rasa 

1 sd besar sos ikan
1 keping asam keping
sedikit serbuk perasa 
500 ml minyak masak
600 gm daging - direbus dgn 1.5 liter air
atau
1.2 kg tulang lembu (yg ada sedikit isi - guna tulang lebih flavorful - rebus tulang bersama 3.5 liter air dan 1 inci halia yg dipecahkan dan 1 sd besar gula utk melembutkan isi pd tulang - rebus dan tambah air jika tinggal separuh dan rebus hingga tinggal separuh lagi - lebih kurang 4 jam - isi pada tulang tak perlu dipotong dan cara menyediakannya adalah sama) 

Bahan taburan :
(Kuih udang)

* Kisar bersama:
*½ cwn udang kering
* 1 biji bwg besar 

500 gm tepung
1 paket (7 gm) yeast kering
½ sd teh serbuk kunyit
1 sd teh garam
1 sd besar gula
500 ml air 
1 sd besar hirisan daun sup (jika suka)
1 biji telur
2 sd besar kelapa parut

Bahan lain :
10 biji telur - direbus keras atau

40 biji telur puyuh (rebus - kupas dan biarkan sebiji2 untuk mee rebus tulang - optional)
Hirisan daun sup & daun bwg
potongan limau nipis/limau kasturi 
Cili jeruk
Sawi - dicelur - optional
600 gm tauge - dicelur
10 keping tauhu - digoreng dan hiris
3 bungkus mee kuning - dicelur
bawang goreng

METHOD:-
Rebus daging bersama 1.5 liter air hingga empuk. Keluarkan daging dan hiris nipis.

Kemudian masukkan kembali daging yg telah dihiris ke dalam rebusan yang mendidih. Biarkan merenih atas api perlahan. Gunakan sudip berlubang dan celur udang yang telah dikupas (batch by batch). Angkat udang dan kisar bersama sedikit air rebusan. Simpan dlm fridge sehingga digunakan.

Kulit dan kepala udang yg telah diasingkan di kisar dgn 1 cawan air (tambahan) dan tapis. Masukkan ke dalam stok yg merenih.

Sementara itu rebus keledek hingga empuk.

Sejukkan dan kisar keledek dgn sedikit air rebusan. Simpan juga dlm fridge hingga digunakan. Tapis dan tuang lebihan air rebusan keledek ke dalam renihan daging.

Cara membuat kuih udang:
Campurkan tepung, garam, gula, serbuk kunyit, yeast dan telur bersama udang kering dan bawang yg telah dikisar. Masukkan air dan kacau hingga sebati. Masukkan kelapa parut dan hirisan daun sup. Gaul rata.

Peram 1/2 jam atau lebih hingga naik.

Panaskan 500 ml minyak dan goreng tauhu hingga kuning. Angkat dan toskan. 

Kemudian sendukkan dan titis adunan kuih udang ke dalam minyak yg panas.


Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Texture kuih ini garing dan berongga.

Hiris nipis kuih yg telah digoreng tadi. Masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Kemudian hiris tauhu. Celur mee dan tauge berasingan. Belah 2 telur yg telah direbus dan sediakan bahan2 taburan yang lain.
 
Tinggalkan secawan minyak gorengan dan tumis bawang hiris hingga wangi. 

Kemudian masukkan serai dan lengkuas yg telah dititik. Goreng hingga bwg mula kuning.

Masukkan bahan kisar dan garam. Tumis hingga garing (selalu dikacau)

Masukkan taucu yg telah dikisar dan tumis lagi hingga garing.

Kemudian masukkan rempah kari. Kacau atas api perlahan hingga sebati.

Masukkan udang yg telah dikisar ke dalam renihan daging atau rebusan tulang. Kemudian masukkan tumisan ke dalamnya. Kacau rata.

Masukkan keledek yg telah dikisar, gula atau gula melaka, sos ikan, asam keping dan serbuk perasa.

Renih hingga pekat dan selalu di kacau. Rasalah garam dan gulanya. Jika kurang manis bolehlah ditambah sedikit lagi gula.
Biarkan kuah sentiasa panas (boleh diletak atas double boiler atau di letakkan atas api yg paling kecil - selalu di kacau supaya tak mendak sehingga di hidangkan).

Cara menghidang:
Masukkan mee ke dalam pinggan/mangkuk. Taburkan tauge, kuih udang dan tauhu yg telah dihiris. Taburkan juga sedikit bwg goreng dan daun sup/daun bawang hiris.
 
Tuangkan kuah yg panas dan tabur separuh lagi bahan taburan bersama sedikit jeruk cili, telur rebus dan hirisan limau. Hidangkan.

Selamat mencuba :)

Mushroom, Chicken & Seafood Butter Spring Roll

Popia goreng aku buat berbuka untuk posa tadi. Intinya seafood dan ayam serta cendawan yang di tumis dgn mentega bersama cream plus scrambled egg.
MUSHROOM, CHICKEN & SEAFOOD BUTTER SPRING ROLL
Bahan2:-
40 gm cendawan cina kering (direndam semalaman hingga kembang) - hiris halus
300 gm udang basah - dikupas, cuci dan potong dadu
(kisar kulit dan kepala udang dgn 1 cawan air dan tapis - sejukkan sehingga di gunakan)
1 ekor ketam (anggaran 145gm)
1 cawan air
500 gm fillet ayam - didadu
130 gm (8 batang) crab filamen stick - dihiris
500 gm sayur campur beku
500 gm sengkuang - didadu

Bahan2 perasa:
1/2 sd teh garam atau secukup rasa
1 kiub pati ayam
4 sd besar sos tiram
secubit serbuk perasa (jika mahu)
30 gm gula
1 sd teh maggi seasoning 

Cincang halus berasingan:
100 gm bawang besar
45 gm bawang putih
10 gm halia

Bahan2 lain:
1 tin x 290 gm cream cendawan (campbells)
1 tin x 290 gm cream seafood (campbells)
250 gm mentega 
75 gm tepung jagung dibancuh dgn 3/4 cawan air
40 keping kulit popia (saiz 8.5" x 8.5")
6 biji telur + secubit garam
800 ml minyak untuk menggoreng
1 biji telur (dipukul)

METHOD
Ketam di cuci dan belah 2, masukkan ke dalam periuk bersama 1 cawan air dan rebus sebentar. Bila sejuk ambil isinya dan ketepikan. Buang shellnya yang keras dan sirip yang telah di ambil isi. Tulang2 lembut yg masih bersisa isi di kisar dgn air rebusan tadi dan tapis. Simpan dlm fridge sehingga digunakan.

Mentega dibahagi 2 (biar dlm keadaan keras supaya senang dipotong).

Ambil sebahagian mentega dan panaskan. Apabila hampir cair keseluruhannya, masukkan bawang putih cincang dan tumis hingga kuning.

Masukkan cincangan halia dan tumis sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan cincangan bawang besar dan tumis lagi hingga kuning.

Masukkan ayam dadu dan kacau rata hingga ayam bertukar warna.
 

Masukkan cendawan yang telah dihiris dan kacau hingga rata.

Masukkan isi ketam dan udang. Kacau sebati 

Kemudian masukkan crab filamen stick yg telah dihiris. Kacau rata2. 

Masukkan air kisaran udang dan ketam. Kacau. 

Masukkan bahan2 perasa. Garam tu rasalah ye kalau kurang masin bleh tambah secubit lagi at the end of cooking (jgn termasin sudah sbb dah ada chicken cube, cream2 dan sos tiram etc). Didihkan sambil dikacau selalu supaya tak berkerak. Kemudian masukkan cream cendawan dan cream seafood.

Kacau hingga rata dan masukkan sayur campur. Gaul sebati.

Kemudian masukkan sengkuang. Kacau hingga rata.

Penghabisan sekali tuangkan larutan tepung jagung. 

Kacau hingga pekat dan padamkan api. Sejukkan inti.

Sementara itu pukul telur bersama secubit garam hingga cair.

Gunakan kuali lain dan masukkan sebahagian lagi mentega.

Apabila mentega hampir cair keseluruhannya, tuangkan telur yg telah dipukul.

Kacau hingga pekat (sentiasa dikacau).

Apabila telur mula kering dan berderai padamkan api. Angkat dan sejukkan.

Thaw (nyah beku) kulit popia dan lerai satu persatu dgn cermat.

Sudukan 1 sd makan inti yg telah sejuk dan tabur 1 sd teh telur hancur diatasnya (dibahagian hujung).

Lipat bahagian tersebut untuk menutupi inti.

Kemudian lipat kedua2 bahagian tepi.

Kemudian sapu hujungnya dgn telur (tambahan) yg telah dipukul.

Gulung hingga kemas. Pastikan tiada bahagian yg bocor supaya bila menggoreng inti tidak termasuk minyak

Ulangi proses yg sama hingga habis.

Panaskan minyak dan goreng popia sambil diterbalik-balikkan dgn menggunakan api perlahan ke sederhana panas (supaya kulit dalam popia pon masak jugak)

Goreng hingga kuning keemasan.

Angkat dan toskan dgn cara menegak supaya minyak dlm gulungan popia dapat ditoskan sepenuhnya.

Hidangkan dgn kuah cili merah
Note:
Inti tu actually bukanlah untuk 40 keping popia - lebih dari itu, boleh dpt dalam 80 keping lebih rasanya. Selalu aku buat banyak sbb kadang2 untuk aku guna as inti karipap atau pie. Telur goreng hancur tu mmg cukup2 untuk 40-50 keping kulit popia.

Popia ni boleh dibuat banyak dan bekukan. Bungkus dgn cermat dalam plastic bag dan seal. Elakkan disusun bertindan supaya tak melekat dan pecah. Thaw kejap sblm digoreng.

Selamat mencuba :) 

Recent Posts