Saturday, May 28, 2011

Kek Kopi Hazelnut

Kek yang aku buat untuk birthday sendiri dengan decorating cincai.
Kek ni banyak di letak hazelnut seiring dengan rasa kopi yang sememangnya menjadi favorite aku juga.

KEK KOPI HAZELNUT
Bahan2:-
230 gm tepung naik sendiri
250 gm mentega
100 gm gula icing
165 gm gula caster
100 gm ovalette
8 biji telur (grade B)
1 sd teh baking powder
50 gm ground hazelnut
1 1/2 sd besar susu cair
1 1/2 sd makan coffee emulco
1 sd teh vanila
1 sd teh butter vanila

Filling:
50 gm whole hazelnut
150 gm butter cream
1/2 sd teh coffee emulco

Hiasan:
1 kg butter cream
1 sd teh coffee emulco
1/2 sd teh pewarna oren
100 gm whole hazelnut
70 gm bertih gula warna warni

Method:
Sediakan tin spring form 10" dan gris dgn mentega rata2. Alas dengan kertas gris mengikut dasar tin dan griskan lagi dgn sedikit mentega. Ketepikan.


Dalam mangkuk yang kering masukkan gula icing, gula caster, telur, ovalette dan baking powder.

Pukul dengan kelajuan perlahan hingga ovalette mula larut.

Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi hingga pekat dan naik 3 kali ganda.


Masukkan tepung sedikit2 bersama susu cair dan ground hazelnut sambil dipukul pada kelajuan perlahan hingga tepung habis di gunakan dan pukul lagi pada kelajuan tinggi selama 10 minit. Sementara itu panaskan oven pada suhu 160C selama 20 minit.

Kemudian masukkan mentega, vanila, coffee emulco dan butter vanila ke dalam adunan yang telah dipukul tadi

Pukul hingga sebati dalam 5 minit lagi pada kelajuan sederhana dan kelajuan tinggi 5 minit.

Tuang adunan dalam tin pembakar yg telah disediakan.

Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan 160C dan bakar selama sejam.

Sesudah itu keluarkan dan biarkan sejuk.

Cara menyediakan Filling dan Hiasan:
Sediakan dulang pembakar dan alas dengan 2 keping kertas foil sebagai pembahagi dan ratakan 50 gm dan 100 gm whole hazelnut ke dalam setiap pembahagi tersebut.

Bakar pada suhu 150C selama 45 minit atau hingga kuning.

Sejukkan dan ambil 50 gm hazelnut yg telah dibakar dan cincang kasar. Alihkan ke dalam mangkuk

Masukkan 150 gm buttercream kedalam mangkuk yang kering (seeloknya buttercream yg masih keras baru keluar dari peti sejuk) dan campurkan coffee emulco.

Pukul sebati.

Masukkan krim tersebut ke dalam hazelnut yang telah dicincang tadi.

Gaul rata dan ketepikan.

Sesudah itu gunakan bekas mangkuk krim yg telah dipukul tadi dan masukkan 1 kg buttercream bersama coffee emulco dan pewarna oren.

Pukul pada kelajuan perlahan hingga sebati.


Cara menghias kek:
Alihkan kek yang telah sejuk ke alas kek dan release springform.

Buang kertas alas.

Potong kek mendatar untuk mendapat 2 lapisan dengan cermat.


Tuangkan krim bercampur hazelnut cincang ke lapisan pertama kek.

Ratakan.


Kemudian cantum dengan lapisan yg selebihnya

Gunakan 1 kg krim yg telah dipukul tadi untuk membalut kek.

Ratakan krim hingga membaluti kek sepenuhnya dan kemaskan comoton tepi kek

Kemudian tabur tepinya dengan bertih gula warna warni hingga rata (aku tutup dgn ini sbb lepaan krim aku tak smooth pisau pelepa aku hilang - pakai spatula kecik je :p). Bersihkan tepi kek.

Gunakan baki krim dan paipkan atasnya atau hias mengikut citarasa sendiri.

Susun 100 gm hazelnut yang telah dibakar atas kek sehingga habis di gunakan atau mengikut citarasa hiasan masing2. Hidangkan.

Selamat mencuba :)


3 comments:

Recent Posts