Thursday, December 29, 2011

Kambing Masak Merah


KAMBING MASAK MERAH 
Bahan2nya:-
2 kg potongan bahu kambing (lamb shoulder)
200 gm tepung gandum
100 gm halia (diketuk)
3 liter air

Kisar bersama:
85 gm cili kering (di gunting dan rebus hingga kembang dan toskan)
80 gm bawang putih
250 gm bawang merah
80 gm halia

Bahan tumisan:
5 batang serai - dititik
200 gm bawang besar- hiris nipis
4 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
15 biji cengkih
200 gm minyak sapi 

Bahan2 lain:-
1 sd besar garam
1/2 sd teh serbuk perasa
45 gm gula pasir
170 gm gula melaka
100 ml sunquick base (orange)
100 ml sos tomato
100 ml sos cili
425 gm tomato puri
1 tin (400 gm) susu cair
4 biji (anggaran 450 gm) tomato (dibelah 4)
150 gm kismis kuning
60 gm daun bawang (hiris kasar)
25 gm daun saderi (daun sahaja - hiris kasar)
30 gm daun sup (daun sahaja - hiris kasar)

Caranya:-
Cuci ketulan daging kambing dan toskan. Masukkan ke dalam bekas bersama tepung gandum.

Gaul rata dan perap 30 minit. Sesudah itu cuci bersih dan toskan airnya.

Masukkan ketulan daging kambing tadi ke dalam periuk bersama halia ketuk dan air.

Rebus hingga airnya tinggal 1/4 dari asal.

Ambil air rebusannya. Simpan kedua2 bahan ini dalam peti sejuk sehingga digunakan

Sementara itu panaskan minyak sapi dan masukkan kulit kayu manis

Kemudian masukkan bunga lawang, buah pelaga dan cengkih. Kacau sebentar.

Masukkan hirisan bawang besar. 

Kacau hingga bawang menjadi ringan.

Masukkan serai yang telah dititik dan kacau hingga bawang menjadi kuning.

Kemudian masukkan bahan kisar dan garam.

Tumis bahan2 ini hingga garing dan selalu di kacau.

Kecilkan api dan masukkan puri tomato, sos cili, sos tomato dan kismis. Kacau rata.

Masukkan susu cair dan kacau lagi.

Masukkan air rebusan kambing tadi dan kacau kemudian masukkan sunquick. Kacau hingga sebati.

Masukkan gula melaka, gula pasir dan serbuk perasa. Didihkan sebentar di atas api sederhana.

Kemudian masukkan daun pudina dan kacau. 

Masukkan ketulan daging kambing yang telah direbus tadi dan ratakan.

Didihkan hingga pekat (selalu di kacau) dan rasa masam manisnya.

Kemudian masukkan hirisan daun sup, daun bawang dan daun saderi bersama tomato. Kacau rata.

Didihkan sebentar dan kemudian padamkan api. 

Sendukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

Taburkan hirisan daun pudina jika suka. Hidangkan dengan nasi beriani, nasi minyak, nasi putih atau roti.

Selamat mencuba :)

Wednesday, September 28, 2011

Ayam Masak Lemak Terung

Assalamualaikum :) Ini ialah antara versi masak lemak yg selalu aku buat selain renih semua atas api macam masak lemak biasa. Selalunya masak lemak ni di campur dengan nenas tp kali ni aku gantikan dengan terung - tukar selera. Selain guna cili api merah yg pedas tu, bahan2 rempah di tumis hingga naik minyak selain menggunakan byk bawang merah juga untuk selaraskan rasa pedas masak lemak ini bersama bahan2 lain serta menggunakan santan pekat bagi tujuan yg sama untuk masak lemak yang lemak2 pedas katanya.

AYAM MASAK LEMAK TERUNG
Bahan2nya:-
Dikisar bersama:
120 gm cili api merah (jika tak nak pedas sangat guna 80 gm sahaja atau gantikan dgn cili api hijau yang panjang tuh) - separuh di biarkan bertangkai 
300 gm bawang merah (shallots)
30 gm bawang putih (anggaran 5 biji)
70 gm halia
50 gm kunyit hidup
10 gm jintan manis (anggaran 1 sd besar)
1 batang serai (gunakan 2 inci dari bawah)

Bahan lain:
1.85 kg kepingan ayam
2 helai daun kunyit - dicarik
5 batang serai  - dititik
10 gm (anggaran 15 helai) daun limau purut - dicarik
200 ml minyak masak
2 keping besar asam keping
1 sd besar garam atau secukup rasa
1 sd besar gula (optional)
secubit serbuk perasa jika mahu 
500 ml santan pekat (aku guna santan kotak)
750 ml air (jika suka cair gunakan 1 liter air dan sesuaikan rasanya)
350 gm kentang (anggaran 4 biji) - belah 2 
400 gm terung (di potong menyerong)

Caranya:
Ayam dibersihkan dan ditos kering. Campurkan daun kunyit yg telah dicarik dan ketepikan.

Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar bersama garam

Tumis hingga garing dan selalu dikacau.

Kemudian masukkan kepingan ayam bersama daun kunyit tadi. Gaul sebati bersama tumisan.

Masukkan kentang dan serai dan gaul lagi.

Kemudian masukkan air dan asam keping. Kacau rata.

Apabila mendidih masukkan santan dan kacau rata.

Masukkan gula dan serbuk perasa jika digunakan dan biarkan mula mendidih atas api sederhana.

Kemudian masukkan daun limau purut. Renih seeloknya bertutup sambil dikacau sekali sekala hingga ayam empuk dan kuah mula pekat.

Masukkan terung dan ratakan. Didihkan lagi 5 minit.

Kemudian padamkan api.

Hidangkan (hias dgn cili merah jika suka).

Selamat mencuba :)

Wednesday, September 14, 2011

Karipap


Karipap
(Inti Ayam & Daging)

DOUGH: 
1 kg + 250 gm tepung serbaguna
250 ml air sejuk dr fridge + 1 sd makan garam + bbrp ketul ais - di kacau sebati (jadikan 300 ml)
200 gm butter
70 gm crisco (vegetable shortening)
80 g margarine
(kalau nak senang boleh pakai 350 gm mentega sebatian - farmcows/butterlite/butterblend)
2 biji telur (dipukul)

Caranya:
Masukkan butter, crisco dan margarine ke dalam periuk atau mangkuk steel. Gunakan api yg perlahan, biarkan mencair (jgn hangus atau bertukar warna). Padamkan api kacau the remaining fats hingga cair (pastikan melted fats panas bila disentuh dgn jari)

Masukkan tepung ke dalam bekas dan tuang melted fats rata2..gunakan method rubbing atau gaul ramas (peroikan tepung yg di campur dgn fats) sehingga menyerupai breadcrumbs.

Masukkan telur dan gaul sebati.

Masukkan sedikit2 air ais sambil digaul hingga digunakan sepenuhnya. Cairkan ketulan2 ais dengan tgn sambil menggaul pastry.
Gaul menjadi dough (tak perlu di uli macam buat roti - pastry the lesser u handle with hands the better, asalkan blended sudah).
Tutup dan sejukkan dalam fridge lebih kurang 1/2 jam. Keluarkan dan gaul sekejap saja kasi rata. Make sure ice chunks semua dah bergaul sebati dlm dough nih.

Bahagikan kepada 7 bahagian sama rata (about 250 gm - 300 gm satu) dan bulat2 kan supaya rata.

Bungkus berasingan dalam plastik dan seal. Gunakan mana yang perlu sahaja. The rest boleh simpan dm freezer dan thaw balik utk digunakan bila sudah beku. 
FILLINGS - (better buat sblm buat dough)

INTI AYAM
400 gm chicken fillet -di dadu
400 gm keledek - di dadu (aku pakai keledek jepun yg kecik2 tuh)
40 gm serbuk kari daging
3 sd makan cili kering kisar
70 gm butter
2 cawan air
2 biji bawang besar - didadu
1 sd makan gula (atau secukup rasa)
1 sd makan garam (atau secukup rasa)
sedikit msg jika mahu

Tumbuk:
6 ulas bwg merah
4 ulas bwg putih
1 sd teh jintan manis (fennel seeds)
1 cm halia

Caranya:
Cairkan butter dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.

 Kemudian masukkan cili kisar, kacau hingga garing.
Perlahankan api, masukan serbuk kari dan kacau.
Masukan ayam dan keledek bersama air dan bahan2 perasa.
Biarkan mendidih diatas api sederhana hingga pekat dan kering, masukkan bwg yg telah didadu, kacau hingga bwg mula transparent. Angkat dan sejukkan.

INTI DAGING
700 gm daging (didadu kecil)
700 gm kentang (didadu)
60 gm serbuk kari daging
3 biji bwg besar didadu
3 sd besar gula (atau secukup rasa)
1 sd besar garam (atau secukup rasa)
1/2 sd teh msg (jika mahu)
1/2 cawan minyak
1 batang kulit kayu manis
1.2 litre air

Tumbuk:
1 labu bwg besar
5 ulas bwg putih
1 sd besar jintan manis (fennel seeds)
1 inci halia

Caranya:
Masukkan jintan manis ke dalam lesung dan tumbuk. Kemudian masukkan bawang putih, halia dan bawang besar dan tumbuk lagi hingga lumat.

Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, biarkan merekah sedikit. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga garing.

Tumis hingga garing dan selalu di kacau.

Same method, perlahan kan api dan masukkan serbuk kari, kacau sebentar


Masukkan daging dan gaul hingga sebati dengan rempah.


Masukkan air dan bahan2 perasa. Renih (tutup) hingga daging empuk dan air berkurangan hampir 1/2 dari sebelumnya (gunakan api sederhana) 

Masukkan kentang yg telah didadu.

Kacau sebati.

Didihkan hingga mula pekat dan kacau hingga kering.

Masukkan bwg yg telah dipotong dadu, kacau hingga bwg mula transparent. Angkat dan sejukkan.
 
CARA MEMBUAT KARIPAP
Gunakan 1 bhgn dough, canai atas landasan bertabur sedikit tepung hingga nipis (agak2 dalam 1mm). Mmg tangan akan berlumur2 tepung ok :p


Kemudian gulung hingga ketat.

Mampatkan tepinya (diameter approx 3 - 3.5 cm dan panjang 25 cm)

Hiris setebal lebih kurang 1.5 cm

Canai hingga nipis (about 1 mm thickness).

Isikan inti dalam 1/2 sd makan atau ikut suka (asalkan jgn penuh sgt nanti susah nak seal).

Cantumkan dan picit hujung pastry yg bertemu supaya completely sealed. Ini utk mengelakkan karipap bocor semasa di goreng.

Kemudian pilin (kelim) dengan cara menarik ke atas dan picit ke bawah dari pangkal hingga ke hujung untuk membentuk karipap.

Untuk karipap bulat, gunakan 2 keping pastry yg di canai dan picit / seal seperti cara diatas.


Kemudian dipilin keliling sehingga mendapat bentuk bulat.

Susun atas talam bertabur sedikit tepung atau talam yg di alas dgn plastik. Simpan dalam peti sejuk sehingga digoreng.


Differentiate karipap ayam dan daging dengan satu jenis biasa dan satu jenis bulat. Memandangkan inti ayam tu pedas sikit ianya di bentuk bulat so rasa pedas boleh contrast dgn kepingan pastry yg double itu.

Panaskan 700 ml minyak masak, panaskan dengan api sederhana / perlahan. Masukkan karipap dlm 8-14 keping (ikut size).

Goreng dengan api sederhana / perlahan sambil diterbalik balikkan supaya tidak mengelembung dan bocor.

Juga supaya kulit dalam pastry masak rata.

Goreng sehingga kuning keemasan.

Kemudian angkat dan toskan dengan kertas dapur.

Hidangkan.

Selamat mencuba :)

Note: 
Karipap mentah juga boleh di bekukan, susun dalam plastik dan elakkan bertindan. Seal plastik pembungkus dengan baik dan bekukan. Cuma perlu thaw (nyah beku) sedikit sebelum digoreng dengan cara di atas.

Recent Posts