Thursday, October 14, 2010

Cucur Udang



Cucur nih jenis garing kat luar dan lembut kat dalam. So kalau tak suka jenis garing bleh tinggalkan baking powder dgn bicarbonate. Bila dah siap semua bancuh dan rasa nak goreng lambat lagi..atau nak simpan utk esok, biarkan je dalam peti sejuk dan keluarkan 1/2 jam sblm menggoreng.

CUCUR UDANG (approx 25 biji)
Bahan2:
840 gm tepung serbaguna
600 gm udang basah (kupas udang dan ketepikan kulit dan kepalanya) - potong atau cincang kasar isi udang
650 gm air
1 biji bawang besar - cincang halus
1 sd besar baking powder
3 sd besar kelapa parut
3 biji bawang besar - didadu
4 biji telur
1 sd teh bicarbonate of soda
100 gm kucai - potong 2 cm panjang
300 gm tauge
11 gm yeast kering
1 sd makan garam
1/4 sd teh serbuk perasa
secubit gula
500 gm udang basah atau secukupnya
1 liter minyak untuk menggoreng
2 buah senduk besi

Caranya:
Cuci dan toskan kulit udang. Kisar bersama 650 gm air td hingga halus, perah dan tapis. Ketepikan.

Masukkan tepung ke dalam mangkuk bersama yeast, gula, telur, bawang cincang, udang cincang, garam, baking powder dan bicarbonate.


Tuangkan air kisaran udang dan kacau sebati.

Biarkan sejam atau hingga naik.

Masukkan kelapa parut dan kacau sebati. Masukkan juga kucai, bawang yang telah di potong dadu dan tauge. Kacau hingga sebati dan biarkan sekurang2 nya 1/2 jam sebelum digoreng


Panaskan minyak dan rendam senduk bersama untuk dipanaskan
Angkat dan toskan senduk yang panas. Isikan 2 sd besar adunan dan tekankan seekor atau 2 udang basah diatasnya.

Rendam ke dalam minyak panas dan biarkan ianya tertanggal sendiri. Ulangi proses yang sama untuk 5-6 biji kuih sekali goreng.


Goreng kuih hingga garing sambil diterbalik-balikkan diatas api sederhana supaya masak luar dalam sepenuhnya.


Angkat dan toskan.

Potong dan hidangkan bersama kuah cili merah.

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Recent Posts