Thursday, October 14, 2010

Sambal Tumis Ikan Bilis

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
(sediakan sehari sblm menghidang atau semalaman lagi sebati rasanya)

Kisar:
3 labu bawang besar (anggaran 250gm)
10 ulas bwg merah
2 ulas bawang putih
1/2 keping kecil belacan (about 2 tbsps/45 gm) - aku pakai belacan melaka

Kisar berasingan:
120 gm cili kering - rebus dan kisar
1 sd teh garam
1/2 sd teh serbuk perasa
3/4 cawan gula
50 gm asam jawa (di bancuh dgn 1 cawan air)
150 gm ikan bilis kupas (pakai jenis keras sikit pon ok gak - lagi lama simmer lagi sedap)
3 biji bwg besar - tambahan (di potong 4)
3 cawan air
anggaran 250 ml minyak untuk menumis (seeloknya gunakan minyak gorengan ikan bilis dan kacang)

Caranya:
Panaskan sebentar baki minyak gorengan ikan bilis dan kacang (jgn smp minyak bertukar warna hitam..selalunya aku goreng kacang dan ikan bilis, angkat kemudian terus tumis bahan kisar). Tumis hingga naik bau dan mula garing.

Masukkan cili kisar bersama garam. Tumis hingga garing dengan api kecil hingga sederhana. Kacau selalu supaya tumisan tidak hangus.

Masukkan air asam jawa dan biar ditumis hingga garing sedikit dan selalu di kacau.

Then masukkan ikan bilis, air, gula dan serbuk perasa, kacau.

Biarkan merenih hingga pekat atas api kecil (tutup).

Bila pekat dan minyak dah naik ke permukaan masukkan bawang yang dipotong 4. Biarkan 5 minit. Padamkan api. Simpan dalam peti sejuk dan esok boleh dipanaskan untuk dihidangkan bersama nasi lemak.

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Recent Posts