Thursday, October 14, 2010

Tumis Air Petola


Bahan2:
2 biji petola sederhana besar- kupas dan hiris lebar menyerong
2 biji kentang - potong berbaji
1 batang carrot - di hiris kasar
1 paket cendawan tiram (kalau ada cendawan kering lagi bagus - gunakan 5 kuntum direndam dan belah 4)
1.75 liter air
4 biji telur
1 sd besar garam atau secukup rasa
1/4 sd teh serbuk perasa

1/2 cawan ikan bilis - tumbuk kasar
1 labu bwg besar dihiris
6 ulas bwg putih - di cincang (aku suka tumis sebiji2 - nanti boleh makan bwg putih tu sekali dan boleh kurangkan berangin badan di sebabkan petola)
2 sd besar minyak masak

Rendam:
2 paket kecil suun
4 keping kulit tauhu ( dipecah2kan) atau 4 btg kulit tauhu kering (jenis tebal - dipatah2kan)

Tumis bwg putih hingga agak kuning dan masukkan bwg besar,kacau hingga kuning, masukkan ikan bilis tumbuk dan tumis sekejap. Masukkan air dan garam, bahan perasa juga kentang, kulit tauhu (jika pakai cendawan kering menggantikan cendawan tiram, boleh masukkan sekali pd masa ini). Biarkan mendidih (bertutup) selama 10 minit.

Pastu boleh masukkan cendawan tiram dan petola, biarkan mendidih seketika, masukkan carrot, sebiji2 telur dan suun. Padamkan api dan biarkan bertutup sehingga dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts