Thursday, October 14, 2010

Rendang Ayam Tua

Rendang ayam ni aku pakai ayam tua/ayam telur pencen sbb dia firm dan tak mudah hancur macam ayam putih. Rasanya pun lagi lemak kot macam ayam kampung sikit.

RENDANG AYAM TUA
Bahan2:
1 ekor (1.5 kg) ayam tua - dipotong

Kisar (Bahan A):
25 gm bawang putih
25 gm kunyit hidup
50 gm halia
50 gm lengkuas
90 gm bawang merah
150 gm bawang besar
2 sd besar jintan putih
2 sd besar ketumbar
3 sd besar jintan manis

Kisar halus berasingan:
70 gm cili kering - dipotong dan di rebus / rendam

Bahan2 lain:
2 keping besar asam gelugur
5 batang serai - dititik
3 helai daun kunyit - dikoyak2kan
7 helai daun limau purut - disiat2
1/2 biji kelapa parut - digoreng tanpa minyak (sangrai) hingga perang dan tumbuk hingga berminyak (kerisik)
1.5 liter santan pekat (atau 500 ml santan kotak + 1 liter air)
2 liter air kelapa (jika tiada gunakan 2.5 liter air biasa)
1/2 inci halia (diketuk)

Perasa:
100 gm gula melaka
3 sd besar gula (atau secukup rasa)
1 sd besar garam
1/2 sd teh serbuk perasa

Caranya:
Ayam dicuci bersih dan toskan.

Masukkan ke dalam kuali bersama air kelapa yg telah di tapis bersama halia yang diketuk. Rebus ayam hingga empuk dan airnya hampir kering (rebus dgn air kelapa ni adalah salah satu petua untuk bg ayam tu lembut dan tak liat). Cara ni juga akan buat isi ayam berasa lebih 'manis'.

Masukkan bahan A yang telah dikisar.

Kemudian masukkan cili kisar.

Kacau rata.

Masukkan daun kunyit dan serai. Kacau dan biarkan mendidih.

Kemudian masukkan santan dan garam serta asam keping. Kacau rata.

Didihkan hingga pekat sambil selalu dikacau.

Masukkan kerisik, gula, gula melaka serta serbuk perasa dan kacau lagi kemudian masukkan daun limau purut.

Kacau selalu supaya tak berkerak.

Didihkan hingga mula kering (jika nak berkuah boleh lah di angkat masa ini).

Adjust rasa garam, gula, asam secukup rasa jika perlu.

Kemudian padamkan api. 

Hidangkan.

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Recent Posts