Kelmarin aku balik awal so aku sempat buat minum petang. Hujan2 aku tingin nak makan pengat durian (dah lama mengidam)..pastu kasi banjir dgn roti jala. Ada sagu so aku buat sagu pandan sekali. Ni la hasilnya. Paling suka bilas dengan teh cina panas lepas bedal menda2 nih :) ..
PENGAT / SERAWA DURIAN
1.2 kg ulas durian
1 ketul (120 gm) gula melaka
7 helai daun pandan di carik & simpul
1 sd teh garam
70 gm gula merah
30 gm gula pasir (ikut suka manis)
1.2 kg santan sederhana pekat (aku guna 1 1/2 biji kelapa parut)
Caranya:
Masukkan durian dan semua bahan ke dalam periuk.
Renih hingga pekat. Selalu kacau dasar nya jika pakai periuk biasa supaya tak berkerak. Angkat dari api.
SAGU PANDAN
200 gm sagu biji (cuci dan toskan)
1/2 sd teh garam
800 gm air pandan (gunakan 8 helai daun pandan dan kisar dgn 800 gm air - tapis)
Campurkan semua bahan dan tanak dlm rice cooker sehingga kesemua sagu jernih. Tuang dlm tapis besi dan lalukan air paip dan biarkan sejat. Masukkan ke dalam acuan.ROTI JALA
600 gm tepung
1 sd besar baking powder
4 biji telur (aku suka letak byk telur - supaya roti jala jd ringan dan lembut)
930 gm air
150 gm mentega - di cairkan
1/2 sd teh pewarna kuning
1 sd teh garam
Caranya:
Gaul semua bahan hingga rataMasukkan ke jug blender dan di kisar sehingga halus. Tuang ke dalam mangkuk adunan yang lain dan biarkan sebentar.
Panaskan kuali..tak payah gris..janji kuali tu cukup panas..lagipun adunan telah bercampur mentega cair. Kirai dengan acuan roti jala dan biarkan atasnya beku (tiada tepung cair)
Biarkan bwhnya garing sedikit. Lipat 2 kali dan angkat. Gulung sementara masih panas
Note : Kalau tak mau roti jala nampak gelap di bahagian tgh, gunakan api tepi sahaja...
Hidangkan dengan menyusun beberapa skup sagu ke dalam mangkuk hidangan dan tuangkan kuahnya bersama ulas durian (lagi sedap di makan sejuk)....
serta...
susun beberapa gulung roti jala ke dalam mangkuk dan tuang kuah bersama ulas2 durian. Enjoy..
Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment