Thursday, October 14, 2010

Bubur Ayam

Ni la bubur ayam yg aku suka buat kalau aku on diet (makan dgn kicap je). Selain tu kalau biasa2 bubur ayam ni aku lengkapkan dengan sambal ikan bilis tumbuk yg mudah dan not bad utk dimakan bersama telur masin...then ada kacang panjang goreng tauhu dan telur atau apa2 je pun boleh :) 

Bahan2:
1 1/2 cawan beras - dicuci dan toskan
3 liter air
500 gm kepingan ayam tanpa kulit (aku pakai chicken ribs - selain fleshy, ada tulang2 lembut yang boleh dikunyah and will add flavour to the porridge)
2 sd makan garam
1 buku halia (100 gm) - diketuk
6 btg serai - diketuk


Bahan2 lain:
120 ml susu cair
2 btg karot yang telah di potong kasar
secubit serbuk perasa


Caranya:
Cuci beras dan toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama halia dan serai.

Kemudian masukkan air dan ayam bersama garam dan jerang ke atas dapur.

Masak hingga menjadi bubur, selalulah kacau supaya tak berkerak. Jika suka masukkan 8 ulas bawang putih sebiji2 (yg telah dikupas) ke dalam bubur.


Campurkan susu cair dan serbuk perasa ke dalam bubur yang mendidih dan kacau supaya tak berkerak, didihkan dalam 5 minit lagi.

Kemudian masukkan karot dan padamkan api. Hidangkan dengan hirisan daun sup, sedikit bwg goreng dan daun bawang (aku tak letak pon). Also telur masin rebus.

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Recent Posts