Wednesday, November 17, 2010

Nasi Beriyani Kambing


NASI BERIYANI KAMBING
Bahan2:- 
2 kg beras basmathi
375 gm minyak sapi
2 liter air
1 tin (400gm) susu cair ideal
secubit koma2 (jenis sentil - guna brand Mc'Cormick)
2 sd besar base sunquick
1 sd besar garam
secubit msg
100 gm kismis
150 gm gajus
75 gm daun pudina (ambil daun sahaja)
25 gm ibu beriyani
75 gm rempah beriyani (kalau takde ibu beriyani tu guna 100 gm rempah beriyani sahaja)


Kisar:
6 biji tomato
4 batang cili hijau
8 batang cili api


Hiris nipis: 
6 biji bawang besar
10 ulas bawang putih


Diketuk:
2 inci halia


Rempah Campak:
5 batang kulit kayu manis
15 biji bunga cengkih
6 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga


Caranya:-
Beras basmathi dicuci dan kemudian rendam selama sejam. Buang airnya dan cuci sekali lagi. Toskan.

Panaskan minyak sapi dan goreng kismis dan gajus berasingan dan toskan. Dalam minyak sapi yg tertinggal masukkan rempah campak. Kacau sebentar.

Masukkan bawang putih hiris dan kacau hingga kuning.

Kemudian masukkan halia dan kacau lagi.

Kemudian masukkan bawang besar hiris dan kacau.


Goreng bahan2 ini hingga kuning.

Masukkan bahan kisar dan tumis sebentar

Kecilkan api dan masukkan rempah2 beriyani dan kacau sebati.

Kemudian masukkan air, susu cair, koma2 (saffron) dan garam serta msg jika digunakan.

Biarkan mendidih masukkan sunquick dan kacau sebentar.

Masukkan daun pudina, separuh kismis dan gajus goreng dan beras yang telah ditoskan. Ratakan.

Didihkan hingga beras timbul dipermukaan. Alihkan periuk ke atas tungku double dan gunakan api paling perlahan atau rice cooker besar jika ada dan tutup biar tanak dgn sempurna.

Gemburkan nasi dan tutup periuk biarkan ditanak lagi.

Apabila nasi ditanak sepenuhnya, tuang anggaran secawan kuah beriyani kambing diatasnya.

Kemudian tuangkan baki gajus dan kismis yg telah digoreng tadi. Nak tinggalkan sikit pun boleh utk taburan atas nasi...aku lupa smlm sbb dah kelam kabut

Gaul rata dan tutup. Biarkan atas tungku atas api paling kecik dlm 15 minit lagi. Padamkan api biarkan tertutup sehingga dihidangkan.

Sendukkan nasi ke dalam piring bujur atau mangkuk.

Kemudian sudukan sedikit isi kambing dan taburkan bawang goreng dan sedikit gajus dan kismis goreng serta daun pudina jika ada. Hidangkan dgn ayam masak merah, jelantah dan lauk beriyani kambing. Kalau ada dalca lagi bagus - tak sempat nak buat sbb dah kesuntukan masa.

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment