Monday, March 7, 2011

Nasi Goreng Mentega

Nasi goreng versi hiris2, pedas sbb pakai cili api dan ada hint2 butter yg selalu aku buat utk breakfast bila cuti.

NASI GORENG MENTEGA (+- 8 org)
Bahan2:
1.5 kg nasi yg ditanak semalaman (guna beras sunwhite)
140 gm unsalted butter (kalau takde guna salted butter pun boleh)
50 gm bawang putih (diketuk)
220 gm bawang besar - anggaran 3 biji (hiris kasar)
60 gm cili api (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
265 gm udang yang telah dikupas
250 gm fillet ayam (hiris)
2 keping fish cake (hiris)
50 ml minyak masak
25 gm ikan bilis kecil
285 gm sayur campur beku
4 biji telur

Bahan Perasa:
1 sd besar garam
1/2 sd teh serbuk perasa
1 sd besar gula
100 ml sos tiram
1 sd besar sos ikan
1 sd teh maggi seasoning

Caranya:
Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis yang telah dilalukan dgn air dan ditoskan. Kacau hingga kuning.

Tolak ikan bilis ke tepi kuali dan masukkan mentega.

Apabila mentega mula cair keseluruhannya masukkan bawang putih dan tumis hingga wangi.

Masukkan cili api dan tumis lagi.

Selepas itu masukkan bawang besar dan kacau sebentar.

Campurkan kembali ikan bilis tadi ke dalam tumisan dam kacau hingga bawang layu.

Tolak kembali tumisan ke tepi kuali dan biarkan minyak turun. Masukkan hirisan ayam dan gaul dgn minyak hingga bertukar warna.

Goreng rata hingga air ayam kering dan masukkan fish cake.

Gaul sebati.

Kemudian tolak kembali bahan2 ini ketepi kuali lagi dan biarkan minyaknya turun. Masukkan telur dan kacau hancur.

Kacau telur hingga mula beku (kacau selalu utk elakkan hangus).

Kemudian masukkan udang, sos tiram, sos ikan, garam, gula, serbuk perasa dan maggi seasoning.

Kacau sekali sahaja utk mengelakkan udang yg telah dibuang kulit menjadi keras bila lama digoreng dan terus masukkan sayur campur dan nasi (seeloknya diperoikan dulu) dan besarkan api. Gaul rata dengan pantas bersama bahan tumisan. Elakkan hangus kerana sudah bercampur sos tiram, gula dan bahan2 perasa yg lain.

Goreng dgn api besar (sentiasa di keruk dasarnya dgn sudip agar tak berkerak jika guna kuali biasa) hingga ringan dan berderai. Lebih kurang 10 - 12 minit atau lama sedikit jika suka sehingga ada warna seperti di goreng pada cili dan bebawang tu dan juga ayam

Setelah itu padamkan api

Hidangkan bersama hirisan cili merah dan daun sup (optional)


Note:
- Kalau taknak nasi tu warna gelap gunakan 50 ml sahaja sos tiram dan sesuaikan rasanya (garam, gula, msg etc)
- Nasi selain seeloknya di tanak semalaman, hendaklah ditanak dgn air yg tak terlalu byk supaya ianya masak berderai dan memudahkan proses tossing/menggaul sewaktu digoreng.

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment