Monday, January 2, 2012

Ayam Masak Kurma

Kurma ayam ni aku gunakan susu cair yg di campur lemon juice instead of santan. Selain rasa lemak, kuahnya juga tahan lebih lama.

KURMA AYAM 
Bahan-bahannya:-
1.5 kg kepingan ayam yg telah dibuang kulit
4 batang serai - dititik
2 keping asam keping
1 tin (400 gm) susu cair
1 biji (anggaran 150 gm) lemon - ambil jusnya
500 gm kentang (anggaran 5 biji) - dipotong 4
50 gm serbuk kurma
1.5 liter air

Tumisan:-
50 gm cili api - di hiris kasar
35 gm kunyit hidup - dicincang halus
75 gm halia - diketuk
300 gm bawang merah - hiris nipis
10 tangkai daun kari - daun sahaja
3 batang kulit kayu manis
15 biji cengkih
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
200 ml minyak

Bahan2 lain:
4 biji (anggaran 400 gm) tomato - dibelah 4
70 gm (anggaran 6 batang) cili hijau - di belah 2
60 gm (anggaran 5 batang) cili merah - dibelah 2
1 sd besar garam
1/2 sd teh serbuk perasa (jika suka)
1 sd teh gula

Cara2nya
Ayam dicuci kemudian toskan dan campurkan bersama kentang dan serai.

Susu cair dicampur dengan jus lemon. Kacau sebentar sehingga menjadi dadih dan ketepikan.

Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, kemudian masukkan bunga lawang, pelaga, bunga cengkih dan kacau sebentar.

Masukkan daun kari dan goreng sebentar. Kemudian masukkan bawang putih. Goreng sebentar.

Masukkan halia yang telah di ketuk dan kemudian hirisan cili api, kacau sebentar.

Kemudian masukkan cincangan kunyit hidup dan kacau.

Masukkan hirisan bawang merah dan kacau lagi.

Goreng bahan2 ini hingga bawang menjadi kuning.

Kemudian perlahankan api dan masukkan serbuk kurma. Gaul bersama bahan2 tadi.

Selepas itu masukkan kepingan ayam yg telah bercampur serai dan kentang.

Gaul sebati bersama tumisan tadi.

Masukkan garam, serbuk perasa, gula, asam keping dan air. Kacau rata dan biarkan mula mendidih diatas api sederhana.

Biarkan mendidih sebentar kemudian masukkan bancuhan susu cair tadi dan kacau rata.

Didihkan sambil dikacau sekali sekala.

Masukkan cili merah dan cili hijau yang telah dibelah 2. Didihkan lagi.

Kemudian masukkan potongan buah tomato.

Didihkan sebentar dan kemudian padamkan api.

Hidangkan.

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment