Monday, January 23, 2012

Sambal Tumis Kupang

Sambal tumis kupang untuk di makan dengan nasi lemak atau roti canai, roti, lempeng bawang dan sebagainya.

SAMBAL TUMIS KUPANG
Bahan2nya:-
1 kg isi kupang segar (frozen pun boleh juga)
45 gm asam jawa di bancuh dengan 1 cawan air
180 gm gula (atau secukup rasa)
1/2 sd teh serbuk perasa
1 sd besar paras garam (atau secukup rasa)
750 ml air
1 biji (anggaran 130 gm) bawang besar - hiris bulat 1 cm
250 ml minyak masak

Kisar bersama
70 gm cili kering (gunting, rebus, lalukan air dan toskan)
100 gm bawang merah
1 biji (anggaran 130 gm) bawang besar
15 gm belacan
2 ulas (anggaran 10 gm) bawang putih

Caranya:-
Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar.

Masukkan garam dan kacau.

Tumis hingga naik minyak dan garing sambil selalu di kacau di atas api sederhana.

Sementara itu lalukan kupang dengan air dan toskan.

Apabila tumisan telah garing masukkan air asam jawa.

Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.

Kemudian masukkan isi kupang ke dalam tumisan tadi bersama air dan kacau.

Masukkan gula dan serbuk perasa. Kacau rata.

Didihkan hingga pekat sambil di kacau sekali sekala dan kemudian masukkan hirisan bawang besar.

Kacau perlahan2 supaya isi kupang tidak pecah hingga gegelang bawang bercerai.

Kemudian padamkan api.

Hidangkan.

Selamat mencuba :)

2 comments:

Recent Posts