Friday, January 20, 2012

Nasi Lemak

Nasi lemak ni selalunya aku hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis dan ayam goreng ketumbar. Selalunya sambal tumis tu aku prepare siap2 sehari sebelumnya dan simpan. Ayam juga diperap semalaman sebelum digoreng (biasanya diperap sebelum tido).  Ikan bilis dan kacang pun seeloknya digoreng awal2 sebelum menumis sambal. Cara begini boleh jimatkan masa dan rasa pun lebih baik.

NASI LEMAK 
(hidangan utk +- 8 orang)
5 cawan beras wangi (sunwhite) - basuh dan tos kering
1 3/4 cawan santan pekat
4 1/2 cawan air (larutkan santan bersama air)
1 sd besar garam (paras)
1 sd besar minyak masak
5 helai daun pandan - dicarik dan simpul
2 btg serai - dititik
5 ulas bwg merah - di mayang
1 cm kepingan halia - di pecahkan

Bahan-bahan lain:
8 biji telur - rebus keras bersama sedikit garam dan potong 2
100 gm kacang tanah
100 gm ikan bilis kecil
300 ml minyak masak
2 biji timun - hiris / potong ikut suka
kepingan daun pisang (dibersihkan dan lap kering)

Getting started:
Panaskan minyak dan goreng kacang bersama ikan bilis hingga garing di atas api sederhana. Toskan. Bila sudah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara sehingga digunakan. Gunakan minyak yang tinggal untuk bahan sambal tumis ikan bilis.

Sediakan periuk nasi elektrik. Jerang larutan santan bersama garam, daun pandan, serai, minyak, halia, bawang merah yg dimayang hingga mendidih 5 minit (sentiasa kacau).

Tuang beras yg ditoskan dan kemudian alihkan ke rice cooker dan jerang hingga nasi tanak (boleh juga dimasukkan ke dalam pengukus dan kukus hingga tanak). Gemburkan bila siap tanak dan biarkan sentiasa panas. 

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan2nya:-
Kisar:
3 labu bawang besar (anggaran 250gm)
10 ulas bwg merah
2 ulas bawang putih
45 gm belacan

Kisar berasingan:
120 gm cili kering - rebus dan kisar

Bahan lain:
1 sd teh garam (atau secukup rasa)
1/2 sd teh serbuk perasa
3/4 cawan gula
50 gm asam jawa (di bancuh dgn 1 cawan air)
150 gm ikan bilis kupas (pakai jenis keras sikit pun ok jugak - lebih lama direnih lebih berperisa)
3 biji bwg besar - tambahan (di potong 4)
3 cawan air
anggaran 250 ml minyak untuk menumis (seeloknya gunakan minyak gorengan ikan bilis dan kacang)

Caranya:
Panaskan sebentar baki minyak gorengan ikan bilis dan kacang (jgn smp minyak bertukar warna hitam). Tumis bahan kisar hingga naik bau dan mula garing.

Kemudian masukkan cili kisar bersama garam dan tumis hingga garing dengan api kecil hingga sederhana. Kacau selalu supaya tumisan tidak hangus.

Masukkan air asam jawa dan biar ditumis hingga garing sedikit dan selalu di kacau.

Kemudian masukkan ikan bilis, air, gula dan serbuk perasa, kacau sebati.

Biarkan merenih hingga pekat atas api kecil sambil di kacau sekali sekala (seeloknya bertutup).

Bila pekat dan minyak naik ke permukaan masukkan bawang yang dipotong 4. Biarkan 5 minit. Padamkan api. Sajikan atau simpan dalam peti sejuk dan esok boleh dipanaskan untuk dihidangkan bersama nasi lemak. Boleh juga di hidangkan dgn nasi biasa, nasi goreng, roti canai, lontong dan lain2.

Ayam Goreng Ketumbar


Bahan2nya:
2 kg kepingan ayam bersama sedikit hati dan pedal

Bahan A
1 sd besar jintan manis
3 sd besar ketumbar biji
5 ulas bawang putih
1 labu bwg besar
1 ketul halia (2 inci) (anggaran 100 gm)
1 ketul kunyit hidup (angggaran 70 gm)

Bahan2 Lain 
4 btg serai dititik dan dicarik2 (gunakan 2 inci dari bawahnya)
1 sd besar paras garam (atau secukup rasa)
1/2 sd teh serbuk perasa
1 sd besar gula (untuk melembutkan ayam/daging semasa diperap - jika tak mau ayam berwarna gelap selepas digoreng boleh tinggalkan gula)
500 ml minyak masak untuk menggoreng

Caranya:
Kepingan ayam  dicuci bersih dan tos kering.

Tumbuk bahan A hingga hancur (jgn terlalu hancur ~ atau blend kasar2 tanpa air dalam food processor). Kemudian gaul rata bersama ayam, garam, serbuk perasa, gula dan serai. Masukkan ke dalam bekas bertutup dan perap semalaman dalam fridge.

Goreng (batch by batch) dalam minyak panas hingga garing bersama serai2 nya sekali (seeloknya ditutup sewaktu menggoreng supaya ayam masak sempurna).

Toskan sekali bersama serdaknya supaya minyak tidak hangus.

Hidangkan nasi lemak bersama bahan-bahan lain, sambal ikan bilis dan ayam goreng ketumbar di atas alas daun pisang.

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Recent Posts