Thursday, October 14, 2010

Seri Muka Durian


Kuih seri muka ni asalnya aku nak buat plain je pakai daun pandan tp sbb ada durian byk tak makan2 so kasi letak je la dlm adunan custard tu.

Serimuka Durian
Bahagian bawah:-
500 gm beras pulut - dicuci dan direndam semalaman atau 4 jam pun dah ok
600 ml santan sederhana pekat (guna 3/4 biji kelapa parut kisar dgn 500 ml air)
1 sd teh garam
4 helai daun pandan - di koyak2kan

Bahagian atas:-
14 helai daun pandan
3/4 biji kelapa parut 
600 ml air  
1/2 sd teh pewarna hijau 
(kisar bahan2 ini dan perah/tapis - ketepikan)

110 gm tepung gandum 
250 gm gula pasir (atau ikut manis..kalau nak kurang manis letak 200 gm only)
6 biji telur 
1/2 sd teh garam 
1/2 sd teh vanila  - optional
1/2 sd teh coconut pandan - optional 
200 gm isi durian tanpa biji

METHOD
Bhgn bawah:
Sediakan pulut yang telah direndam.

Sediakan pengukus dgn air hampir penuh, didihkan dan biarkan sentiasa panas. Toskan pulut yg telah direndam tadi dan ketepikan.
 

Campurkan santan bersama garam dan daun pandan yang telah di koyakkan. Jerang diatas api sambil dikacau hingga mendidih. Angkat dari api.

Masukkan pulut ke dalam sebuah periuk. Curahkan santan tadi dan kacau sebati. Masukkan ke dalam pengukus dan kukus 45 minit (dlm tempoh tu kacau la dlm sekali supaya santan rata).

Setelah itu keluarkan dari pengukus dan buang daun pandan. Masukkan pulut yg telah tanak ke dalam springform 9"

Biarkan sejuk sikit kemudian ratakan dgn daun pisang (plastik pun boleh). Masukkan kembali ke dalam pengukus dan biarkan berkukus sementara menyediakan adunan utk bahagian atas.


Bahagian atas:-
Santan yg telah diperah dengan daun pandan tadi juga dikacau atas api hingga mendidih. Angkat dan sejukkan. 
 

Masukkan telur, garam dan gula ke dalam blender dan kisar hingga gula larut.
 

Sesudah itu masukkan isi durian dan kisar lagi, masukkan tepung dan essences (jika digunakan) dan sedikit2 santan yg telah dimasak tadi. Masukkan kedalam mangkuk dan kacau sikit lagi.  
 

Tuang adunan ke atas pulut yg sedang dikukus. 
 

Tutup dgn sekeping foil atau alas kek atau penutup leper dan kukus lagi 40 minit.

Selepas itu buka dari foil atau penutup dan biar dikukus dalam 10 minit lagi. 

Keluarkan dari pengukus dan sejukkan.

Kemudian release dari springform. Biarkan betul2 sejuk baru dipotong. 

Hidangkan.


Selamat mencuba :)


Note: 
* Spot putih pada permukaan kuih adalah cebisan durian.
* Santan2 tu aku didihkan terlebih dahulu sebelum diguna untuk tujuan supaya kuih tak mudah basi dan tahan lama.
* Untuk kuih seri muka biasa tanpa durian gunakan 325 gm hingga ke 375 gm gula (ikut manis)

Laksa Johor


LAKSA JOHOR
(Hidangan 8-10 orang)

Bahan2:

1 kg ikan parang
500 gm udang basah (kupas - simpan kulit dan kepalanya)
125 gm ikan kurau kering
1 cm halia - di ketuk
1.5 liter air
300 ml air (tambahan)

Hiris nipis:

200 gm bawang merah

Kisar:

60 gm cili kering - di gunting dan rebus
250 gm bawang besar
50 gm kunyit hidup
90 gm halia
20 gm bawang putih (anggaran 5 ulas)
25 gm udang kering

Di ketuk:

7 batang serai
75 gm lengkuas

Bahan lain:
250 ml minyak masak
1 paket kecil rempah kari ikan / udang
25 gm asam keping (anggaran 7 keping besar)
2 sd makan garam atau secukup rasa
1 sd teh serbuk perasa
100 gm gula (optional - ada yg tak suka letak)
50 gm daun kesum (daun sahaja)
100 gm kerisik
250 ml santan pekat (perahan tanpa air)

Ulam-ulaman & Bahan Lain:
3 biji bawang besar - di racik/hiris
8 batang cili merah - hiris
10 batang cili api - hiris
1 btg timun - di racik2
2 cekak daun pudina - daun sahaja - hiris
2 cekak daun kemangi - daun sahaja - hiris
2 cekak daun selasih - daun sahaja - hiris
3 kuntum bunga kantan - di racik
1/4 biji nanas - di hiris (optional)
5 biji limau nipis - di belah
2 pokok daun salad - hiris
1 paket lobak asin cincang
10 btg kacang panjang - di hiris bulat
2 cekak daun kesum - daun sahaja - hiris
400 gm tauge segar (tak perlu celur)

2 paket spaghetti - di rebus ikut arahan dan campur 2 sd besar minyak semasa merebus
7 biji telur - di rebus (optional)

Sambal Belacan:
65 gm cili merah (anggaran 6 btg)
35 gm cili api (taknak letak pun takpe so gunakan 100 gm cili merah)
35 gm belacan
1 sd besar minyak
1 sd besar gula (taknak letak pun takpe)
1 biji jus limau kasturi


Caranya:
Cuci dan toskan kepala serta kulit udang. Kisar bersama 300 ml air tambahan tadi. Tapis dan simpan stok dlm peti sejuk sehingga digunakan.
Ikan kurau di lalukan air sebentar dan bakar di dalam oven suhu 160 C selama sejam.

Rebus ikan parang yg telah dibersihkan dgn 1.5 litre air dan 1 cm halia ketuk. Kali nih aku rebus je ikan tu...so lagi flavourful...dulu ada pernah bakar ikan tu tp macam kering sgt pulak dan jus yg keluar dari ikan hilang camtu je. Rebus ikan selama 20 minit.
Angkat dan toskan ikan kemudian sejukkan sebelum diambil isinya.
Masukkan udang yg telah dikupas dan di bersihkan dan biar di rebus selama 5 minit di dalam stok ikan tadi.
Angkat dan toskan udang. Ambil stok yg tinggal anggaran 2 cawan. Keluarkan halia.Kisar isi udang bersama sedikit stok dan simpan sehingga digunakan dlm fridge.


Ikan yang telah sejuk diambil isinya dengan menggunakan garfu (part paling aku bercinta). Asingkan tulangnya. Kisar isi ikan dengan sedikit stok hingga halus. Simpan dlm fridge sehingga digunakan.
Pada tulang ikan yg tinggal, kisar bersama baki stok dan sedikit air jika perlu hingga halus. Tapis dan masukkan kembali ke dalam baki stok dlm periuk yg tinggal.

Campurkan jus kulit udang dan jerang hingga mendidih.
Panaskan minyak dan goreng bawang merah yg di hiris tadi. Goreng hingga bawang menjadi ringan dan tidak lekit.


Kemudian masukkan serai titik dan lengkuas dan goreng lagi hingga bawang mula bertukar kuning. Kecilkan api supaya bawang tidak bertukar hangus.

Masukkan bahan kisar dan garam. Tumis hingga garing di atas api sederhana (selalu di kacau).
Kisar isi ikan kurau yg di bakar dengan sedikit stok. Masukkan ke dalam tumisan dan tumis sebentar.

Masukkan serbuk kari dan kacau.
Masukkan isi ikan yg telah dikisar. Kacau sebati atau hingga rempah bertukar warna.

Kemudian masukkan isi udang yg telah dikisar. Kacau bahan2 ini sehingga rata dan biar di gaul sebati selama lebih kurang 5 minit atas api supaya kuah tidak mudah basi.


Masukkan tumisan ke dalam renihan stok.
Masukkan asam keping, gula, serbuk perasa, santan dan daun kesum. Didihkan.
Kemudian masukkan kerisik. Didihkan hingga pekat (selalu dikacau supaya tak berkerak) biar lama sedikit supaya kuah tahan lebih lama.
Apabila pekat, padamkan api.

Cara Menyediakan Sambal Belacan:
Goreng belacan dengan minyak hingga garing.Masukkan ke dalam lesung bersama cili merah dan cili api. Tumbuk hingga halus.
Masukkan gula dan tumbuk lagi hingga lumat jika digunakan. Perahkan asam limau dan gaul.

Alihkan ke dalam mangkuk.

Cara menghidang:

Sendukkan 2 senduk spaghetti yang telah direbus ke dalam pinggan atau mangkuk. Taburkan separuh dari ulam-ulaman kecuali telur rebus (jika digunakan), limau dan sambal belacan.


Tuang 2 senduk kuah dan susun telur rebus dan limau nipis serta tabur separuh lagi bahan ulaman (optional). Letakkan 1 sudu sambal belacan. Gaul dan makan dengan tangan untuk melayan laksa johor secara optimum :)Selamat Mencuba :)


Ayam Golek


AYAM GOLEK 
Bahan2:
1 ekor ayam (anggaran 1.65 kg) - trim lebihan lemak di bhgn tepi tongkeng dan kulit lehernya
250 ml pati santan
50 gm minyak sapi sejuk
3 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit - disiat2
2 keping asam
165 gm gula pasir
1 sd besar garam
1/2 sd teh serbuk perasa

Kisar:
50 gm kunyit hidup
60 gm halia
3 batang serai (gunakan 2" dari akarnya)
25 gm (anggaran 5 biji) bawang putih
200 gm bawang besar
200 gm cili merah
45 gm cili api
25 gm lengkuas
1 sd besar jintan manis
1 cawan air

Cara2nya:

Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam mangkuk. Jika ada hati, pedal etc dan leher yg telah dipotong boleh di masukkan sekali.
Tuang bahan kisar dan masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
Gaul rata bersama ayam termasuk bhgn dalam perut ayam dan kemudian perap semalaman dalam peti sejuk (gaul guna glove plastik untuk mengelakkan tangan pijar)

Apabila ayam siap di perap, keluarkan dan tuang bahan perapan ke dalam kuali. Masukkan santan, serai titik, daun kunyit dan asam.
Kacau rata dan bila mula mendidih, masukkan ayam dan lain2 parts ayam (hati, pedal etc) jika digunakan.
Kacau bersama ayam dan jirus kuah ke atas ayam hingga ayam separuh masak.
Padamkan api dan biar ayam sejuk sebentar sebelum dikeluarkan untuk dipanggang.
Alih keluar ayam dan renih kuah hingga pekat sambil dikacau untuk dijadikan bahan basting.

Disebabkan besi pemanggang aku mana tah peginya..so terpaksa la aku guna cara lain. Sediakan dulang pemanggang dan alas kertas foil untuk menadah cairan. Masukkan ke dalam oven dan panaskan oven suhu 180C.

Kemudian sediakan dulang pemanggang berjaring dan alas dengan kertas foil. Letakkan gumpalan2 minyak sapi sejuk di bahagian tengahnya. Cucuk dengan garfu di bahagian yg tidak di letakkan minyak sapi supaya cairan dapat menitis keluar semasa memanggang ayam. Ketepikan.

Dengan cermat letakkan ayam yg telah di renih dan disejukkan tadi ke atasnya.

Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan. Skup keluar perapan dari dalam perut ayam dan siram ke atas ayam. Panggang 15 minit (normal heater atas bwh).

Kemudian sapu basting dan panggang lagi 20 minit.
Terbalikkan ayam dengan cermat dan sapu basting dan panggang lagi 25 minit.
Kemudian terbalikkan lagi dan sapu basting yang terakhir. Letak bersama parts lain semasa waktu ini untuk dipanggang sekali. Panggang lagi 20 minit hingga atasnya mula nampak tanda dipanggang dan ayam masak sempurna di bahagian dalamnya. (Total 3 x basting dan masa membakar 1 jam 20 minit ). Ayam dalam resipi ni di bakar lama sebab ayam ni tebal so kalau guna ayam yg kecik sikit/ayam yg telah dikelar2 masa membakar bolehlah dikurangkan.
Kemudian keluarkan dari oven dan letak di atas talam yg telah di alas dgn daun salad serta timun dan tomato sbg hiasan jika mahu.

Hidangkan dengan baki basting sebagai cicahan.

Selamat mencuba :)