Wednesday, November 17, 2010

Beriyani Kambing


BERIYANI KAMBING
Bahan2:-
2.5 kg potongan rusuk kambing
2.5 liter air
1 inci halia (diketuk)

Kisar setiap satu berasingan: 
2 inci halia
5 batang cili merah

Kisar bersama:
10 ulas bawang putih
4 biji bawang besar

Hiris nipis: 
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Lain2:- 
375 gm minyak sapi
300 ml plain yogurt
3/4 cawan susu cair ideal
1 tin kecil tomato puree
5 helai daun salam (bay leaves)
50 gm daun pudina (ambil daun sahaja)
1 1/2 sd besar garam
1/2 sd teh msg
100 ml madu
100 gm gula atau secukup rasa
150 gm gajus
100 gm kismis
50 gm ibu beriyani
150 gm rempah beriyani  (jika tiada ibu beriyani gunakan 200 gm rempah beriani)

Rempah Campak:-
4 batang kulit kayu manis
15 tangkai cengkih
6 biji bunga lawang
10 biji buah pelaga

Caranya:-
Cuci kambing dan kemudian masukkan air dan halia yg diketuk. Rebus hingga empuk dan air mula tinggal 1/3 dari asal.

Panaskan minyak sapi dan goreng gajus hingga kuning atas api sederhana. Angkat dan toskan.

Kemudian goreng pula kismis hingga kembang atas api sederhana. Angkat dan toskan.

Masukkan rempah campak dan tumis sebentar. Masukkan bawang putih hiris. Kacau hingga kuning.
 

Masukkan bawang besar hiris dan goreng hingga bawang bertukar menjadi kuning.

Masukkan halia yg telah dikisar. Kacau hingga sebati.


Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar yg telah dikisar. Tumis bahan2 ini hingga garing atas api sederhana.

Masukkan bay leaves. Kacau lagi.

Kemudian masukkan lada kisar. Kacau sebentar dan masukkan tomato puree. Kacau hingga sebati.

Kecilkan api dan masukkan rempah2 beriyani tadi dan juga daun pudina. Gaul rata.


Kemudian masukkan kambing bersama air rebusannya sekali. Kacau rata.


Masukkan yogurt serta susu cair dan kacau lagi. Masukkan madu, gula dan garam serta msg sekali. Kacau rata dan biarkan mendidih atas api sederhana dan selalu dikacau supaya tak berkerak..

Masukkan gajus dan kismis dan telah digoreng tadi.

Renih hingga pekat dan rasalah garam gulanya. Kuah ni sepatutnya pekat dan manis2 sikit. Jika terlalu pekat bolehlah tambah sedikit air.


Padamkan api dan hidangkan. Bolehlah tambah additional gajus dan kismis goreng jika suka dan hias dgn helaian daun pudina..aku tak buat sbb tak sempat :p


Selamat mencuba :)

Ayam Masak Merah

AYAM MASAK MERAH 
Bahan2:-
2 kg kepingan ayam - cuci bersih dan toskan
1 sd besar garam
1 sd besar serbuk kunyit
500 ml minyak masak

Kisar:
150 gm cili kering - potong, rebus dan tos
3 biji bawang besar
3 ulas bwang putih
1/2 inci halia

Bahan lain:-
1/4 biji nanas - kisar
1 sd besar air asam jawa
4 sd besar sos tomato
1 sd besar sos cili
1 sd teh kicap manis
2 biji bawang besar - hiris bulat
1 sd besar garam
1/2 sd teh msg
3/4 cawan gula - atau secukup rasa
4 batang serai - dititik

Caranya:-
Gaul ayam dgn garam dan kunyit kemudian goreng dgn minyak yg cukup panas hingga masak.

Kemudian angkat dan toskan. Kecilkan api supaya minyak yg tertinggal tidak hangus setelah ayam diangkat keluar.

Tinggalkan anggaran secawan minyak dan masukkan bahan kisar bersama garam dan tumis hingga garing dan selalu di kacau supaya tak berkerak. Masukkan air asam jawa dan tumis lagi.

Kecilkan api kemudian masukkan nenas kisar..kacau sebentar.

Kemudian masukkan bawang hiris dan serai titik dan kacau hingga gegelang bawang mulai bercerai.

Masukkan sos tomato, sos cili, msg dan kicap. Kacau sebentar. Kecilkan api.

Selepas itu masukkan gula dan kacau hingga sebati dan gula larut.

Masukkan ayam yg telah digoreng tadi.

Gaul rata atas api sederhana dan padamkan api dan hidangkan.

Selamat mencuba :)

Acar Timun (Jelantah)

Ni adalah my feveret aku yg selalu aku makan dgn asam pedas atau hampir apa saja bila makan nasi selain kicap manis dan utk jd pelengkap nasi beriyani :)
 
ACAR TIMUN (JELANTAH)
Bahan2:-
1 biji nanas masak - dikupas, buang matanya dan belah 4 menegak..buang empulurnya dan belah lagi 2 (8 potongan dan hiris)
3 biji bawang besar - hiris
1 biji timun belah 4 menegak dan hiris (buang empulurnya jika mahu)
4 batang cili merah - hiris
10 tangkai cili api - hiris
1 sd besar paras garam
6 sd besar gula - atau secukup rasa
5 sd besar cuka

Caranya:-
Masukkan potongan nanas, timun, bawang besar dan cili2 ke dalam botol biskut (cara paling senang utk toss dan simpan). Tuangkan gula, garam dan cuka. Tutup botol dan goncang sebati. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga di gunakan.


Selamat mencuba :)

Ketupat Daun Palas


KETUPAT DAUN PALAS
Bahan2:-
1 kg beras pulut - cuci dan rendam 2 jam - toskan
1.2 liter santan sederhana pekat
1 sd makan paras garam
1 sd besar gula
daun palas secukupnya

Caranya:
Toskan beras pulut yang telah direndam. Masukkan ke dalam periuk bersama santan, gula dan garam, kacau sebati dan tanak atas api hingga 3/4 masak. Angkat dari api dan biarkan sejuk sedikit. Isikan anggaran 2-3 sd besar pulut yg ditanak tadi ke dalam sehelai daun palas dan bentukkan 3 segi. Simpulkan hujungnya supaya kemas. Ulangi proses yang sama hingga habis.

Sediakan pengukus dgn air mendidih yg penuh dan biarkan sentiasa panas. Masukkan ketupat yg telah siap dibungkus tadi dan kukus dgn api sederhana selama 1 jam - 1 1/2 jam (better kukus lama camni - supaya tahan lebih lama dan tak mudah basi). Keluarkan dan sejukkan sehingga dihidang.


Kuah Kacang

KUAH KACANG 
Bahan2:
800 gm kacang tanah
7 batang serai - dititik
1 cawan gula atau secukup rasa
3 sd besar asam jawa dibancuh dgn 1/2 cawan air
1 sd besar garam atau secukup rasa
secubit msg - jika mahu
3 biji bawang besar - dihiris nipis
1.5 liter air
1 cawan minyak untuk menumis


Kisar:-
80 gm cili kering - dipotong, rebus hingga kembang dan toskan 
1 sd besar jiintan manis
3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
3/4 cawan udang kering

Caranya:-
Kacang tanah di goreng tanpa minyak atau dibakar pada suhu 150 C selama sejam hingga sejam setengah sehingga kuning (tgk2 selalu lps sejam membakar supaya kacang masak rata - buang kulitnya dan tampi. Kemudian kisar kacang jgn terlalu halus - biarkan kasar2 sikit)

Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga kuning.

Masukkan bahan kisar dan garam.

Tumis selalu dikacau atas api sederhana hingga garing.

Kemudian masukkan air asam jawa dan tumis lagi hingga garing.

Masukkan serai dan kacau.

Kemudian masukkan air dan apabila mula mendidih masukkan kacang yang telah dikisar tadi.

Kacau sebati dan masukkan gula serta msg (jika digunakan)

Renih atas api perlahan dan selalu dikacau hingga pekat dan minyak mula timbul di permukaan.

Apabila pekat padamkan api.

Hidangkan.

Selamat mencuba :)

Rendang Daging Cili Api

Salah satu lauk raya atau raya haji yang wajib ada bersama hidangan lain. Rendang cara lebur ni aku selalu buat untuk jimatkan masa sambil buat kerja lain tak payah tumis bagai asalkan direnih lama untuk rendang tu tahan lama sikit. Selalunya aku buat malam raya lps masak dan terus simpan dlm fridge so besok aku panaskan di pagi raya sebelum di hidang.

RENDANG DAGING CILI API
Bahan2:
2 kg daging untuk rendang (dipotong 1" x 1") - cuci bersih
2 liter air atau air kelapa jika ada
1 sd teh gula
1" halia di pecahkan

Lain2:-
1 kg santan paket
1 biji kelapa parut - di buat kerisik (anggaran 3/4 cawan kerisik)
2 keping asam
5 sd besar gula - atau secukup rasa
1 1/2 sd besar garam - atau secukup rasa
1/2 sd teh msg (serbuk perasa) - atau secukup rasa
6 batang serai - dititik
2 lembar daun kunyit - di carik
10 helai daun limau purut - dicarik

Kisar:-
2 cawan cili api sederhana panjang (jika guna cili api  kampung yg kecik tu gunakan separuh sahaja) - jika suka pedas tambah lagi (jgn buang semua tangkainya - biarkan 1/4 dpdnya bertangkai ni petua supaya tak panas perut bila makan)
4 biji bwg besar
6 ulas bwg putih
1 ketul halia (anggaran 2 inci)
1 1/2 inci lengkuas
3 sd besar jiintan manis
2 inci ibu kunyit (kunyit hidup)

Caranya:-
Daging yang telah di bersihkan di masukkan ke dalam kuali bersama halia, gula dan air atau air kelapa. Rebus hingga airnya tinggal separuh (jika daging agak liat tambah lagi 1 liter air sewaktu rebusan tinggal separuh dan biarkan direbus hingga tinggal separuh atau sehingga daging empuk)

Kemudian masukkan bahan kisar.

Kacau dan biarkan mendidih sekejap.

Kemudian masukkan santan dan kacau rata.

Masukkan serai, daun kunyit, garam, msg serta asam keping. Biarkan mendidih sambil dikacau sekali sekala.

Kemudian masukkan daun limau purut yang telah dicarik. Kacau sebentar dan masukkan pula kerisik dan gula.

Kacau rata hingga kerisik larut diatas api sedehana.

Biarkan mendidih sehingga kuahnya pekat.

Kacau rendang hingga hampir kering (jika suka kering kacau hingga kering). Jika suka sedikit berkuah bolehlah di angkat pada masa ini.

Atau kacau lagi pada api kecil hingga mula kering. Rasa garam, gula dan asamnya jika perlu.

Setelah kering padamkan api dan hidangkan terus atau simpan dalam peti sejuk jika utk dipanaskan dan dihidangkan pada keesokan harinya.

Hidangkan.

Selamat mencuba :)