Wednesday, August 8, 2012

Marble Shortbreads

Jom main2 dgn coklat pulak...ni salah satu biskut kesukaan aku sbb rasanya yg 'intense' campuran badam, susu, butter dgn coating coklat hitam dan putih pada crust garing yang aku letak emplex utk tujuan itu...cuma nak membuatnya amik masa sikit...ok la jom aku share recipenya :)

MARBLE SHORTBREADS
Bahan2:-
Base Biskut
500 gm tepung serbaguna
100 gm tepung beras
100 gm susu tepung penuh krim (seeloknya dari bakery supplier)
100 gm serbuk badam (ground almond)
2 sd teh emplex
2 sd teh baking powder
1 sd teh bicarbonate of soda 
200 gm gula icing
400 gm mentega
2 sd makan esen butter vanilla
2 biji telur

Topping 
1.5 kg dark cooking chocolate
75 gm cocoa butter atau vegetable shortening
300 gm white cooking chocolate

Peralatan
3 x (10" x 12") baking tray with cutter
lidi untuk melorek

Caranya:-
Emplex - serbuk perangup biskut terutama untuk biskut jenis coating (boleh di beli di bakery supplier)

Dalam mangkuk yang kering dan bersih masukkan mentega, gula icing, esen butter vanila, emplex, baking powder serta bicarbonate of soda.

Pukul hingga sebati dan kembang.


Kemudian masukkan telur.

Pukul lagi hingga kembang.

Masukkan susu tepung dan serbuk badam.

Pukul lagi hingga sebati.

Selepas itu masukkan tepung serbaguna dan tepung beras.

Pukul hingga sebati dan rata.

Alihkan dari mixer dan ratakan dough dgn spatula.

Tutup dengan foil dan biarkan 1/2 jam dalam peti sejuk.

Sediakan cutter. Sapu sedikit mentega pada setiap besi cutter dan dulang pembakarnya. Pasang dgn cermat dan ketepikan.

Keluarkan dough yang telah disejukkan dan bahagi 3 bahagian (satu bahagian dalam lebih kurang 600 gm). Alihkan cutter dengan cermat dan ratakan satu bahagian dough tadi lebih kurang 6 mm tebal (gunakan roller jika perlu) dan panaskan oven pada suhu 170 C 

Tolak sedikit setiap bahagian tepinya dengan sudip/ short ruler/kitchen spade supaya coklat dapat mengalir rata.

Masukkan kembali cutter dengan cermat dan tekan rata.

Bakar ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi selama 25 minit atau hingga perang.

Sementara itu sediakan double boiler dan masukkan coklat masakan ke dalam mangkuk yang kering...biarkan mencair.kemudian masukkan cocoa butter/shortening.

Kacau diatas wap panas hingga cair sepenuhnya.

Coklat putih juga di masukkan ke dalam mangkuk yang kering dan biarkan mencair dgn double boiler.

Apabila hampir semuanya cair angkat dari wap dan kacau hingga cair sepenuhnya.

Angkat keluar base yg telah di bakar dari oven.

Angkat cutter dengan cermat supaya tidak tertanggal (buat tanda pada hujung tin cutter utk memudahkan cutter di masukkan kembali)

Apabila base sudah mula sejuk dan keras tuang anggaran 4 atau 5 senduk coklat (400 ml ke 500 ml) ikut tebal yg di sukai....lenggangkan sedikit kiri dan kanan supaya coklat turun merata...biarkan sebentar.

Picit coklat putih secara jejalur menegak dan kemudian gunakan lidi dan lorek melintang berselang seli --> <-- (zig-zag) supaya dapat bentuk marmar.

Masukkan balik cutter pada posisi yg sama sewaktu ditarik keluar dan biarkan beku sepenuhnya.


Letak dlm fridge pun boleh tp cukup setakat membekukan coklat sahaja untuk mengelakkan permukaan coklat `berpeluh' bila di sejukkan lama.

Kemudian setelah coklat beku buka satu persatu cutter dgn cermat.

Leraikan kepingan biskut dgn menggunakan pisau/kitchen spade jika perlu. Susun ke dalam dulang.


Kemudian simpan dalam bekas kedap udara.

Alas setiap satu lapisan dgn doily paper atau kertas minyak utk mengelakkan permukaan coklat comot.

Selamat mencuba :)

5 comments: