GORENG PISANG & KELEDEK
Bahan2nya:-
250 gm tepung naik sendiri
230 gm tepung gandum
200 gm tepung jagung
50 gm gula
20 gm garam (garam putih yg teksturnya tak halus)
5 gm serbuk kunyit
50 ml minyak masak
50 gm kelapa parut
700 ml air
1 sisir (anggaran 1.2 kg) pisang nipah - kupas dan biarkan sebiji atau belah 2 jika suka
3 ketul (anggaran 800 gm) keledek - kupas dan hiris setebal 1 cm
700 ml minyak untuk menggoreng
Caranya:-
Masukkan tepung gandum, tepung naik sendiri dan tepung jagung ke dalam mangkuk atau periuk yang kering.
Kemudian masukkan garam, gula dan serbuk kunyit.
Gaul dengan whisk hingga rata.
Masukkan kelapa parut dan gaul sebentar.
Selepas itu masukkan minyak.
Tuang sedikit demi sedikit air sambil di gaul.
Kacau hingga menjadi batter yang licin.
Tutup dan biarkan 20 minit sebelum digunakan.
Sementara itu sediakan pisang dan keledek.
Panaskan minyak dan apabila minyak mula panas masukkan anggaran 10 biji pisang ke dalam batter. Jangan di rendam terlalu lama untuk mengekalkan kerangupan batter selepas digoreng.
Salut rata dengan batter dan masukkan satu persatu (sebelah menyebelah) ke dalam minyak yang cukup panas (gunakan sudu atau tangan yang kering)
Goreng dengan api yang sederhana.
Apabila batter di atasnya mula beku leraikan gorengan menggunakan hujung sudip dengan cermat.
Terbalikkan dan goreng hingga kuning keemasan (terbalik2kan selalu jika perlu supaya warna gorengannya rata).
Kemudian angkat dan toskan dengan kertas dapur bersama serdak2nya sekali.
Sadurkan pula keledek bersama batter dan masukkan satu persatu ke dalam minyak yang panas sebaik sahaja gorengan pisang diangkat keluar.
Goreng keledek dengan cara yang sama kemudian angkat dan toskan.
Susun gorengan2 ini ke dalam pinggan atau mengikut citarasa dan hidangkan bersama kuah cili merah (atau sos cili), gula pasir dan sambal kicap.
Selamat mencuba :)
Nota:
Pisang nipah boleh di ganti dengan pisang tanduk atau pisang nangka dan lain2 asalkan tidak terlalu ranum.
Jika tiada kelapa parut segar gantikan dengan desiccated coconut.
Tepung jagung boleh di gantikan dengan tepung beras jika suka.
No comments:
Post a Comment