Thursday, July 5, 2012

Sate

Assalamualaikum...lama tak berupdate blog ni ye....ok la ni sate yg aku bikin buat ganti makan malam hari tu...first time buat nih mmg ternyata renyah juga...dari nak potong ayam, daging, kambing into cubes sampai ke membakarnya...resipi perapan aku amik dari i-resipi dgn sukatan agak2 kerana bahan dagingnya banyak (daging, ayam dan kambing - alang2 katanya cuma perut lembu je takde tak sempat nak cari) dan aku tambah ketumbar serta lebihkan gula untuk buat sate nih.
Itulah hasilnya experiment aku. Aku hidangkan sate ni untuk makan beramai ramai dgn mihun goreng, nasi himpit, timun dan bawang bersama kuah kacang yang biasa aku buat utk hari raya tuh.   
SATE (Ayam, Daging dan Kambing)
Bahan2:-
1.5 kg boneless chicken breast atau isi bhgn paha atau rusuk (ribs) - dipotong kiub 1" persegi atau ikut suka
250 gm kulit ayam (jika suka) - di potong
1 kg daging batang pinang - dipotong kiub seperti diatas
600 gm daging kambing - dipotong kiub seperti diatas
2 1/2 sd besar garam atau secukup rasa
1 kg gula pasir
1 sd teh serbuk perasa

Kisar:
1 kg bawang merah
400 gm halia
250 gm kunyit hidup
15 batang serai
500 gm lengkuas
150 gm jintan manis
150 gm jintan putih
100 gm ketumbar 
sedikit air untuk mengisar

Bahan basting:
1 ikat serai anggaran 5 batang (dititik sedikit)
300 ml minyak
100 ml air  atau air perapan (campur sekali minyak dan air)  

Bahan2 Lain:
20 paket kecil ketupat segera (direbus ikut arahan bersama sedikit garam)
2 labu bawang besar (di potong kasar)
1 batang timun (di hiris kasar)
Kuah kacang (resipi di sini)
Lidi sate buluh secukupnya (di rendam sejam dan toskan)
Bekas pembakar sate
Kipas (aku pakai kipas angin - additional)
Arang
Fire starter

Caranya:-
Bahan kisar di masukkan ke dalam bekas dan kemudian masukkan gula, serbuk perasa dan garam. Kacau rata. Daging2 yang telah di potong di cuci bersih (berasingan) dan toskan. Masukkan setiap jenis daging td ke mangkuk dan tuang bahan perapan secukupnya (ayam di masukkan sekali bersama kulitnya). Kacau rata bahan perapan bersama setiap jenis daging tersebut dan perap dlm peti sejuk selama 12 jam.

Kemudian keluarkan dan cucuk bbrp ketul daging (jika ayam selitkan kulitnya sekali) pada lidi yg telah disediakan dgn kemas sepanjang lebih kurang 3 inci setiap satu.

Susun sehingga habis. Lakukan yang sama juga pada perapan daging dan kambing.

Masukkan sate yang telah dicucuk tadi ke dalam plastik setiap jenis dgn cermat dan tuang baki perapannya dan simpan dlm peti sejuk sehingga di bakar.

Sediakan tempat pembakar menggunakan fire starter bersama arang dan kipas. Susun sate yang diperap tadi dengan cermat dan bakar sambil di renjis dgn campuran minyak dan air sekali sekala sambil di terbalik2kan sehingga garing.

Kipas selalu supaya pengaliran habanya rata.
   
Angkat sate yang telah masak ke dalam satu bekas.

Masukkan ke dalam oven bersuhu 100C dan biarkan panas sehingga di hidangkan jika perlu (jika membakar secara berperingkat peringkat)

Hidangkan.

Selamat mencuba :)