Monday, January 30, 2012

Marble Cake

Marble cake yang tak berapa nak marble kerana di marble kan oleh sang amatur dalam bidang pemarblean kek :p
Kek ni menggunakan adunan kek span asas mentega dan di campur sedikit chocolate emulco selain serbuk koko untuk di marblekan; serta dihiaskan dengan krim mentega, ceri, chocolate chips, parutan coklat dan cincangan badam bakar sebagai finishing (optional).

MARBLE CAKE
Bahan2:-
260 gm tepung naik sendiri
150 gm gula halus
120 gm gula icing
8 biji telur (grade B)
1 sd besar susu cair 
80 gm ovalette
250 gm mentega
1 sd teh baking powder
1 sd besar esen vanila
35 gm serbuk koko
1 sd teh chocolate emulco
1/2 sd teh pewarna coklat
1 sd besar butter vanilla


Hiasan:
800 gm buttercream
1 sd teh chocolate emulco
1 sd teh butter vanilla
150 gm badam cincang (almond nibs)
50 gm coklat masakan sejuk - diparut 
sedikit milk chocolate chips (guna hershey's) - optional
ceri merah secukupnya

Caranya:-
Sediakan spring form 11" dan griskan dgn sedikit mentega, kemudian alas dengan sekeping kertas minyak dan lumur mentega rata2 dipermukaan kertas tersebut dan seluruh bahagian dalamnya. Ketepikan.

Sementara itu masukkan telur, gula icing, gula halus, ovalette dan baking powder ke dalam mangkuk pengadun yang kering.

Pukul pada kelajuan perlahan hingga ovalette larut.

Kemudian pukul pada kelajuan tinggi hingga naik 3 kali ganda.

Masukkan tepung dan susu cair. Pukul pada kelajuan perlahan hingga sebati.

Kemudian pukul pada kelajuan tinggi hingga naik.

Masukkan mentega dan esen vanila sambil di pukul pada kelajuan sederhana.

Kemudian pukul lagi selama 5 minit pada kelajuan tinggi. Sementara itu panaskan oven pada suhu 170 C

Sediakan 2 mangkuk yang kering dan bahagi 2 adunan sama rata. Satu dimasukkan serbuk koko, chocolate emulco dan pewarna coklat dan satu lagi di masukkan esen butter vanilla.

Gunakan mixer tadi dan gaul adunan putih (butter vanilla) hingga sebati.

Kemudian gaul pula adunan coklat.

Gaul hingga sebati dan rata warnanya.

Masukkan sesenduk adunan putih ke dalam spring form tadi.

Selepas itu masukkan 1 senduk adunan coklat dan kemudian adunan putih lagi diatasnya.

Ulangi proses ini hingga habis.

Masukkan ke dalam oven yang telah di panaskan tadi dan bakar selama sejam.

Keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar.

Kemudian terbalikkan ke alas kek 12" dan release spring form.

Buang kertas alas dengan cermat. Biarkan kek sejuk sepenuhnya. Untuk efek marble lebih kemas telangkupkan ke satu lagi alas kek supaya kedudukan kek sama seperti baru keluar dari oven dan garis marblenya lebih kelihatan tersusun dan rata.

Sediakan bahan hiasan:
Buttercream, esen butter vanilla dan choc emulco di campur sekali dan pukul pada kelajuan sederhana hingga sebati. Sejukkan sebentar ke dalam fridge sehingga digunakan.

Almond nibs dibakar pada suhu 150 C selama 25 minit atau hingga kuning. Sejukkan.

Sapukan krim pada kek rata2.

Kemudian balut kek dengan krim menggunakan spatula.

Tampal cincangan badam bakar disekeliling kek dengan cermat. Kemudian kemaskan tepi dan atasnya dengan baki krim. Buat corak cengkerang besar di atasnya.

Kemudian letakkan sebiji ceri merah di atas setiap satu cengkerang tersebut. Buat 'well' ditengahnya dengan menggunakan baki krim dan masukkan parutan coklat di dalamnya. Hiaskan keliling 'well' tersebut dengan chocolate chips. Atau hiaslah mengikut citarasa anda.

Kemudian potong berbaji dengan cermat.

Hidangkan.

Selamat mencuba :)

2 comments: