Saturday, February 4, 2012

Roasted Lamb

Awal bulan yang best cuti byk jatuh hujung minggu and extending. Bleh masak2 makan :) so menjadi lah satu plan memanggang paha kambing menggunakan perapan BBQ dan dihidangkan dgn sos yang cuba di olah sendiri :)
Resipi perapan tu diambil dari internet dengan sukatan agak2 dengan di tambah buah tomato dan lemon juice untuk rasa yang lebih `intense'.

ROASTED LAMB 
Bahan2
2 kg (1 ketul) leg of lamb 
600 gm (1 keping) lamb brisket
250 gm tepung gandum
 
Kisar bersama (A):
350 gm bawang merah
1 labu (70 gm) bawang putih
100 gm lengkuas
130 gm halia
6 batang serai (gunakan 2 inci dari bawah)

Kisar bersama (B):
1 biji (130 gm) bawang besar
1 biji (130 gm) tomato 
1 ketul (220 gm) gula melaka

Bahan2 lain:
40 gm serbuk kunyit
1 sd teh serbuk lada sulah
1/2 sd teh serbuk perasa
55 gm garam
110 gm gula perang
50 gm serbuk cili
150 ml madu
100 ml jus lemon
150 ml kicap pekat manis ABC
150 gm mentega di potong kiub dan biarkan lembik
1 botol (612 gm/21.6 oz) HUNT'S Hickory & Brown Sugar BBQ Sauce
Kertas foil secukupnya

Sos:
900 gm sos tomato
250 gm (anggaran 3 biji) bawang besar - di cincang
90 ml cuka epal (apple cider vinegar, kalau takde cuka biasa pun boleh)
175 gm gula perang
135 gm mentega
2 sd teh serbuk cayenne (guna McCormick)
250 ml jus epal
1 sd besar sos worcestershire (Lea & Perrins)
1/2 sd teh garam

Hiasan:
1 pokok (350 gm) daun salad
1 paket (350 gm) cherry tomatoes
2 biji (600 gm) russet potato (di potong ketul besar)
300 ml minyak masak
1 sd teh garam 
1 biji lada benggala merah besar (dibuat cup) 
1 biji lada benggala hijau besar  (di buat cup)
Sos cili
Sedikit mayonis (jika suka)

Caranya:
Kambing di bersihkan kemudian di lumur dgn tepung rata2. Biarkan 1 jam.

Kemudian bilas bersih dan toskan.

Sementara itu masukkan serbuk kunyit, gula perang, serbuk lada sulah, garam, serbuk perasa dan serbuk cili ke dalam sebuah mangkuk yang kering.

Gaul sebati dgn menggunakan whisk.

Kemudian masukkan bahan A yang telah di kisar.

Selepas itu masukkan bahan B yang telah dikisar juga.

Gaul rata.

Kemudian masukkan kicap pekat manis dan madu.

Masukkan pula jus lemon dan kacau sebati.

Masukkan mentega yang telah di potong kiub dan tuangkan sos BBQ (gunakan kesemuanya - tambah sedikit air utk mencairkan baki sos dalam botol dan goncang).

Gaul sebati sambil hancurkan ketulan mentega dengan whisk. Tutup dan biarkan seketika.

Kelar2kan permukaan kambing yg telah ditoskan tadi dengan pisau yang tajam (depan dan belakang bagi paha kambing)

Masukkan brisket ke dalam bahan perapan yang telah disediakan tadi dan gaul rata (gunakan senduk).

Kemudian masukkan pula paha kambing.

Jirus rata bahan perapan pada paha kambing tersebut termasuk di celah2 bahagian yang di kelar depan dan belakang.

Masukkan anggaran 3 senduk bahan perapan ke dalam sebuah plastik.

Tolak masuk plastik berisi bahan perapan tersebut dari hujung kaki kambing dan ikat dengan getah supaya bahagian tersebut juga dapat diperap sekali (jika paha kambing tersebut panjang dan tak muat mangkuk perapan). 

Tutup mangkuk dengan sekeping foil (kecuali pada bahagian berbalut plastik). Masukkan ke dalam peti sejuk dan perap sehari atau lebih baik 2 hari sambil di terbalikkan paha kambing tersebut setiap 8 jam supaya bahan perapan meresap rata. Nak perap lama pun boleh sehingga 4 hari cuma perlu dimasukkan ke dalam freezer dan thaw sedikit bila hendak dipanggang.


Cara Menyediakan Sos
Masukkan mentega ke dalam heavy saucepan dan biarkan mencair diatas api sederhana.

Kemudian masukkan bawang cincang.

Goreng hingga bawang mula kuning.

Masukkan sos tomato.

Kacau rata dengan tumisan bawang dan masukkan serbuk cayenne. Kacau sebati.

Kemudian masukkan gula perang dan cuka epal. Kacau sebati.

Masukkan garam dan biarkan menggelegak sambil selalu dikacau.

Kemudian masukkan jus epal.

Kacau hingga pekat dan masukkan sos worcestershire. Padamkam api dan kacau rata. Biarkan sejuk.


Cara Memanggang
Untuk memangggang panaskan oven pada suhu 200 C dan sediakan dulang pembakar. Alas kertas foil dan masukkan ke dalam oven bersama dulang berjaring.

Keluarkan perapan dan sediakan sekeping foil setiap satu untuk membungkus kambing yang telah diperap.

Letakkan paha kambing (alih plastik pembungkus kaki kambing) diatas sekeping foil dan tuang sedikit bahan perapan diatasnya.

Bungkus kemas supaya tidak terbuka. Guna kertas foil tambahan jika perlu.

Lakukan yang sama juga pada brisket yg telah di perap dan pastikan lipatan foil berada diatas supaya bahan perapan tidak melimpah keluar. Lebihan perapan boleh di simpan dalam peti sejuk untuk digunakan lagi.

Masukkan keduanya ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan jarakkan sedikit satu sama lain. Bakar 1 jam 15 minit dalam keadaan berbungkus.

Kemudian buka foil dengan cermat dan terbalikkan paha dan brisket kambing. 

Bakar lagi dalam keadaan terbuka selama lebih kurang 1 jam.

Dalam masa memanggang tersebut jirus perapan pada foil ke permukaan kambing dalam 2 kali.

Lumur permukaan kambing dengan sedikit lagi perapan dan bakar hingga kuah perapan sejat dan permukaan kambing bertukar warna dan kelihatan garing seperti tanda di panggang.  Jika suka terbalikkan bahagian bawah dan bakar lagi hingga garing tapi jika hanya bahagian atas yang garing pun ok supaya hasilnya tak kering sangat. 

Sementara itu goreng ketulan kentang bersama garam hingga kuning. Angkat dan toskan.

Sediakan dulang menghidang dan alas dengan helaian daun salad.

Letakkan paha kambing yang telah di bakar tadi dengan cermat. Kemudian letakkan pula brisket di sebelahnya.Tuangkan sedikit sos yg telah disediakan dipermukaannya. Taburkan dengan kentang goreng tadi dan cherry tomatoes bersama cup yg berisi sos yang telah disediakan tadi dan cup yang berisi sos cili yang di tuangkan sedikit mayonis.

Hiris nipis daging kambing dengan pisau dan garfu.

Hidangkan bersama sosnya atau mengikut citarasa.

Selamat mencuba :)


2 comments: