Sunday, January 15, 2012

Cream Puff Durian

Hasil gatal2 tangan aku lagi di hujung minggu. Cream puff ni kalau sapa2 suka telur dan pastry mmg akan layan lah. Selain dari sweet fillings macam custard durian ini atau plain vanilla custard, cream cheese frosting atau butter cream, ganache atau apa2 je, ianya juga boleh di isi dgn savoury filling mcm tuna atau inti chicken pie etc. Shell cream puff ni boleh di buat byk juga dan simpan dalam fridge asalkan jgn kemek. Lepas tu bila nak makan bakar kejap dalam oven dan sejukkan sekejap baru isi filling kegemaran.

CREAM PUFF DURIAN 
(anggaran 45 biji)

CUSTARD DURIAN
(sediakan dahulu sebelum membuat cream puff)

Bahan2:- 
1 liter susu UHT full cream
1/2 sd teh garam
200 ml heavy cream
600 gm ulas durian (ambil isinya)
1 sd teh vanila
225 gm gula
180 gm tepung custard

Caranya:-
Masukkan tepung custard, garam, gula dan esen vanila ke dalam heavy saucepan.

Kemudian tuangkan susu UHT ke dalam campuran tepung tadi.

Kacau adunan tadi sehingga sebati dan tak berketul dengan menggunakan whisk. Pasangkan api.

Terus kacau atas api sederhana hingga mula pekat.

Apabila adunan telah pekat kecilkan api dan kacau terus menerus hingga pejal dan likat.

Kemudian masukkan isi durian dan ratakan.

Apabila adunan sebati dgn durian padamkan api dan masukkan krim.

Gunakan mixer dan sebatikan cream tadi dgn adunan custard untuk memudahkan mixing. Pasangkan api sederhana (hati2 cord nya jgn terkena api) dan mix sebati dgn kelajuan sederhana hingga adunan custard menjadi halus dan ringan. Mix dari dasar periuk supaya adunan mendidih tak berkerak)

Kemudian padamkan api dan sejukkan.


Selepas itu sediakan shell cream puff.

CREAM PUFF SHELL
Bahan2nya:-
300 gm tepung serbaguna
225 gm butter (salted)
12 biji telur
500 ml air

Caranya:-
Masukkan air dan butter ke dalam heavy saucepan dan pasangkan api. Kacau dengan senduk kayu supaya butter cair dan sebati dan biarkan campuran ini mendidih atas api yg kuat.

Kemudian masukkan kesemua tepung dan matikan api.

Kacau dengan pantas sehingga adunan menjadi pejal.

Kemudian pasangkan api sederhana dan kacau adunan atas api hingga sebati lebih kurang 5 minit

Sesudah itu padamkan api dan biar adunan mula sejuk.

MAKING CREAM PUFF:-
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan ketepikan. Sediakan mixer dan mangkuk yang kering.

Masukkan adunan yang mula suam ke dalam mangkuk pengadun yang kering dan masukkan anggaran sebiji telur ke dalamnya dan pukul dengan kelajuan perlahan ke sederhana hingga sebati.

Kemudian masukkan sebiji lagi telur dan pukul lagi hingga sebati (jika tertuang 2 biji telur pun ok asal jgn lebih dari itu). Lakukan proses yang sama hingga kesemua telur habis digunakan.

Kemudian pukul adunan lebih kurang 5 minit pada kelajuan sederhana hingga halus dan likat.

Alihkan dari mixer dan tutup adunan sehingga di gunakan.

Panaskan oven pada suhu 200 C / gas mark 6 (lebih kurang 20 minit) dan alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Sapukan sedikit mentega pada kertas alas tersebut rata2.

Gunakan piping bag plastik dan nozzle bintang dan nozzle biasa. Kalau takde nozzle boleh gunakan piping bag sahaja.

Paip adunan anggaran diameter 4 cm ke dulang pembakar tadi dengan cermat (jarakkan dalam 1.5 inci setiap satu)

Setelah selesai spray permukaannya dengan air.

Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi. Bakar selama 25 minit. Kemudian turunkan suhu ke 170 C dan bakar lagi 15 minit sehingga perang.

Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sedikit.

Shell cream puff apabila telah dibakar akan berkeadaan berongga di dalamnya.

Gunakan hujung pisau dan tebuk bawah shell yg telah dibakar tadi dengan cermat untuk di isi filling

Masukkan custard durian tadi ke dalam piping bag dan paipkan custard ke dalam shell yang telah di tebuk tadi hingga penuh.

Buat sehingga habis.

Susunkan dengan permukaan puff berada di atas dan ayakkan gula icing.

Masukkan ke dalam cawan kertas besar sebagai alas cream puff dan hidangkan.


Selamat mencuba :)


2 comments: