PAJERI NENAS
Bahan2nya:
1 biji (anggaran 1 kg) nenas ranum
- buang kulit dan hidungnya kemudian belah 4 menegak, potong sedikit empulurnya dan hiris anggaran 1.5 cm tebal
Kisar bersama
30 gm cili kering (di gunting dan rebus kemudian ditoskan)
50 gm halia
20 gm kunyit hidup
75 gm bawang merah
20 gm (anggaran 4 ulas) bawang putih
130 gm (1 biji besar) bawang besar
35 gm udang kering
Bahan tumis
180 ml minyak masak
120 gm bawang merah - hiris nipis
3 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
15 biji cengkih
5 biji pelaga
3 tangkai daun kari (daun sahaja)
Bahan2 lain
1 paket kecil rempah kari ikan
40 gm asam jawa dibancuh dgn 1 cawan air
250 gm (1 ketul) gula melaka
750 ml air
60 gm kerisik
250 ml santan pekat (santan kotak atau santan paket)
1 sd besar paras garam (atau secukup rasa)
1/2 sd teh serbuk perasa (jika suka)
Caranya:
Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan daun kari dan goreng sekejap.
Masukkan bawang merah hiris dan kacau hingga bawang kuning.
Selepas itu masukkan bahan kisar dan ratakan.
Masukkan garam dan kacau.
Tumis hingga garing (naik minyak) di atas api sederhana
Kemudian kecilkan api dan masukkan serbuk kari.
Gaul hingga sebati dengan bahan tumisan.
Masukkan air asam jawa dan ratakan.
Tumis bahan2 ini sedikit lagi hingga garing di atas api sederhana.
Selepas itu masukkan air dan kacau.
Apabila mula mendidih masukkan santan dan kacau rata.
Masukkan gula melaka dan serbuk perasa (jika di gunakan). Kacau sebentar.
Masukkan kepingan nenas dan kacau.
Didihkan di atas api sederhana sambil di kacau sekali sekala. Rasalah masam manisnya (boleh tambah sedikit gula pasir jika perlu)
Apabila pekat padamkan api.
Hidangkan (hias dgn daun celery jika suka).
Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment