Friday, March 18, 2011

Renihan Tofu Telur



RENIHAN TOFU TELUR (+- 8 orang)
Bahan2:
125 gm x 5 tiub tofu telur (potong 6 setiap satu dengan cermat)
100 gm tepung jagung
400 ml minyak masak

Sayur:
40 gm cendawan cina - direndam hingga kembang dan potong 4
275 gm kubis bunga - dipotong bunga
250 gm brokoli - dipotong bunga
160 gm carrot - dipotong jejari tebal
120gm snow peas (buang urat tepinya)
3 batang cili merah - dipotong kasar
2 batang cili hijau - dipotong kasar

Tumisan:
40 gm bawang putih - diketuk
20 gm halia - dihiris nipis
150 gm bawang besar - dihiris


Bahan perasa:
1 sd besar sos ikan 
1 sd teh maggi seasoning
40 ml kicap cair
80 ml sos tiram 
1/2 sd teh serbuk perasa 
1/2 sd teh garam (atau secukup rasa - jika perlu)

Bahan lain:
175 gm chicken fillet - didadu
250 gm udang (ambil kepalanya)
1 paket (120 gm) fish ball - dipotong 2
800 ml air
2 biji telur

Caranya:
Kisar kepala udang bersama 800 ml air tadi dan perah serta tapis untuk mendapatkan 900 ml stok. Simpan dlm fridge sehingga di gunakan (kalau takde kepala udang gunakan 900 ml air biasa).

Masukkan tepung jagung dalam mangkuk datar.

Masukkan potongan tofu tadi ke dalam mangkuk tepung dan lenggangkan hingga bersalut rata (coated). Panaskan minyak.

Masukkan satu persatu kepingan tofu yang telah bersalut tepung tadi ke dlm minyak yg panas dengan cermat dan goreng hingga kuning keemasan.

Angkat dan toskan dengan kertas dapur.

Setelah itu padamkan api dan biar minyak sejuk sedikit. Tinggalkan anggaran 100 ml minyak dan apabila mula panas masukkan bawang putih ketuk (jgn panaskan hingga mendapan tepung pada minyak bertukar warna).

Kacau hingga kuning. Masukkan hirisan halia dan kacau lagi.

Setelah itu masukkan hirisan bawang besar dan tumis hingga kuning.

Kemudian masukkan hirisan ayam dan goreng lagi hingga ayam bertukar warna.

Masukkan hirisan cendawan. Goreng hingga sebati.

Masukkan bebola ikan dan kacau. Kemudian masukkan pula hirisan cili merah dan cili hijau. Goreng sebentar.

Masukkan stok kepala udang yg telah disediakan

Biarkan mendidih kemudian masukkan sos tiram, kicap cair, sos ikan, maggi seasoning, serbuk perasa dan akhir sekali garam (sesuaikan secukup rasa - tak payah letak garam atau tambah sikit lagi jika mahu)

Masukkan udang dan biarkan mendidih lagi.

Kemudian masukan tofu yg telah digoreng tadi dan ratakan dengan kuah dari dasar kuali dengan cermat supaya tofu tidak pecah.

Masukkan sayur sayuran yang telah dipotong.

Gaul rata bersama renihan dengan cermat. Tak perlu gaul lama - untuk mengekalkan kerangupan sayur.

Sementara itu pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk (tak perlu kacau)

Tolak sedikit renihan ke tepi biar tinggal kuahnya dan masukkan telur tadi. Kacau telur dari bawah bersama kuah renihan ini dan ratakan kembali semua bahan dengan cermat.

Kemudian padamkan api.

Hidangkan.

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment