Tuesday, March 15, 2011

Kuih Bakar Pandan


KUIH BAKAR PANDAN (anggaran 12 keping)
Bahan2:
700 gm tepung gandum
1 sd teh paras garam
18 biji telur
860 gm gula
300 gm minyak sapi (dicairkan sedikit)
100 gm bijan
1 sd besar paras minyak sapi - tambahan

Kisar:
1 kg kelapa parut (seeloknya kelapa tua)
2 liter air - didihkan dan biarkan suam
20 helai daun pandan
1/2 sd teh pewarna hijau (jika suka) = 2250 ml perahan

Caranya:
Kisar bersama daun pandan, air, kelapa parut dan pewarna hijau. Perah dan tapis untuk mendapatkan 2.25 liter santan untuk adunan ini.

Dalam mangkuk yg kering masukkan telur, garam dan gula

Gunakan mixer dan pukul hingga pekat.

Masukkan sedikit2 tepung dan pukul lagi hingga rata dan tepung habis digunakan.

Sesudah itu masukkan minyak sapi yg telah dicairkan sedikit.

Pukul lagi hingga sebati

Masukkan sedikit2 perahan santan ke dalam adunan ini dan gaul dgn mixer.

Adun hingga sebati.

Setelah itu masukkan adunan ke dalam jag. Panaskan oven suhu 190C. Sediakan acuan bunga pecah 8 (cetak) dan panaskan atas tungku dapur. Masukkan 1 sd besar paras minyak sapi tambahan tadi  (proses ini cuma sekali). Lenggangkan juga minyak sapi ke tepi2 bhgn dalam acuan bunga tersebut.

Kacau adunan terlebih dahulu dan tuang hingga hampir2 penuh ke dalam cetak yg berisi minyak sapi yg panas itu. Simpan lebihan adunan dlm peti sejuk sehingga digunakan seterusnya.

Alihkan dari api dan masukkan terus ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi.

Bakar selama 12-15 minit atau sehingga atasnya beku. Karih sedikit permukaan kuih dengan garfu jika perlu.

Taburkan anggaran 1 sudu besar bijan rata2.

Bakar lagi 10 minit hingga atasnya perang.

Pada adunan kedua tak perlu dipanaskan dengan api. Tuang sahaja adunan ke dalam cetak dan bakar mengikut proses diatas (bersihkan tepi acuan yg bertabur bijan sebelum dituang adunan)

Keluarkan kuih yang telah masak dari oven dan longgarkan tepinya dgn pisau.

Keluarkan dgn cermat dgn menelangkup ke piring dan gunakan satu lagi piring, telangkupkan lagi supaya permukaan bijan berada di atas untuk mengekalkan bentuk kuih. Susun dalam dulang. Biarkan sejuk.

Kemudian baru potong dan hidangkan.

Note:
Adunan untuk resipi ni di buat banyak utk bahagi2 so kalau nak buat sikit je, sukat separuh sahaja sukatan bahan2 di atas.

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment