RENDANG DAGING CILI API
Bahan2:
2 kg daging untuk rendang (dipotong 1" x 1") - cuci bersih
2 liter air atau air kelapa jika ada
1 sd teh gula
1" halia di pecahkan
Lain2:-
1 kg santan paket
1 biji kelapa parut - di buat kerisik (anggaran 3/4 cawan kerisik)
2 keping asam
5 sd besar gula - atau secukup rasa
1 1/2 sd besar garam - atau secukup rasa
1/2 sd teh msg (serbuk perasa) - atau secukup rasa
6 batang serai - dititik
2 lembar daun kunyit - di carik
10 helai daun limau purut - dicarik
Kisar:-
2 cawan cili api sederhana panjang (jika guna cili api kampung yg kecik tu gunakan separuh sahaja) - jika suka pedas tambah lagi (jgn buang semua tangkainya - biarkan 1/4 dpdnya bertangkai ni petua supaya tak panas perut bila makan)
4 biji bwg besar
6 ulas bwg putih
1 ketul halia (anggaran 2 inci)
1 1/2 inci lengkuas
3 sd besar jiintan manis
2 inci ibu kunyit (kunyit hidup)
Caranya:-
Daging yang telah di bersihkan di masukkan ke dalam kuali bersama halia, gula dan air atau air kelapa. Rebus hingga airnya tinggal separuh (jika daging agak liat tambah lagi 1 liter air sewaktu rebusan tinggal separuh dan biarkan direbus hingga tinggal separuh atau sehingga daging empuk)
Kemudian masukkan bahan kisar.
Kacau dan biarkan mendidih sekejap.
Kemudian masukkan santan dan kacau rata.
Masukkan serai, daun kunyit, garam, msg serta asam keping. Biarkan mendidih sambil dikacau sekali sekala.
Kemudian masukkan daun limau purut yang telah dicarik. Kacau sebentar dan masukkan pula kerisik dan gula.
Kacau rata hingga kerisik larut diatas api sedehana.
Biarkan mendidih sehingga kuahnya pekat.
Kacau rendang hingga hampir kering (jika suka kering kacau hingga kering). Jika suka sedikit berkuah bolehlah di angkat pada masa ini.
Atau kacau lagi pada api kecil hingga mula kering. Rasa garam, gula dan asamnya jika perlu.
Setelah kering padamkan api dan hidangkan terus atau simpan dalam peti sejuk jika utk dipanaskan dan dihidangkan pada keesokan harinya.
Hidangkan.
Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment